Wednesday, September 02, 2015

Kembara ke Eropah, bumi Amsterdam & Northwest Germany [Bahagian 2]

Assalamualaikum sekali lagi. Alhamdulillah, bertemu kembali kita di blog aku untuk bahagian kedua yang mana aku menjanjikan untuk menulis tentang pengalaman aku di Wolfsburg dan Amsterdam yang lebih gila. Kepada yang masih belum membaca bahagian pertama, dipersilakan terlebih dahulu.

Hari 7 (25 Oktober 2014, Sabtu)

Yakni pada hari ini kami bersiap awal pagi juga. Aku, Along, Aidil dan Kak Su berjumpa di kafeteria hotel dan menyegerakan sarapan kami kerana kami harus mengejar keretapi ke Wolfsburg yang berangkat pada jam 7.18 pagi.

Tiket sudah pun dibeli beberapa hari lebih awal dengan harga hanya 40 Euro untuk empat orang. Maksudnya hanya kurang lebih 10 Euro seorang untuk perjalanan yang memakan lebih kurang 215 km itu untuk perjalanan pergi-balik.

Kami segera naik ke coach RE atau Regional Express yang mengambil masa perjalanan 1 jam 20 minit ke Hannover Hbf, yang mana kami perlu transit dan menunggu 8 minit untuk naik ke coach RE ke Wolfsburg Hbf.

Sedang di mana kami bersembang-sembang antara kami mengenai beberapa perkara ketika kami masih di dalam coach antara Bremen ke Hannover, coach itu berhenti di beberapa stesen kecil. Ketika kami berhenti di stesen Doeverden kalau tak salah, ada beberapa muda-mudi Jerman yang duduk di sebelah kawasan tempat duduk kami.

Kami berbual perkara yang biasa sahaja namun mungkin kereta mereka melihat salah seorang daripada kami iaitu Kak Su memakai tudung di kepalanya, jadi mereka menganggap kami adalah ekstremis (untuk pengetahuan pembaca, sebulan selepas aku pulang dari Eropah ketika ini, memang ada fahaman anti-Islam yang terjadi di Dresden terutamanya).

Sampai satu saat, ada salah seorang pemuda itu bercakap dengan agak kuat.

"You all talk to loud, I feel pain in my ears," kata pemuda itu dengan slanga Jerman.

"Sorry?" aku menjawab dengan sopan.

"You are all foreigner, when you come to Deutschland, speak Deutsch, learn Deutsch," kata lelaki Jerman itu.

"Es tut meir leid , wir sind touristen, (Sorry, we are tourist.)," aku menjawab bagi pihak kami, orang Melayu.

"Ja, ich weiss, (Yes, I know.)," mereka membalas lalu ketawa terbahak-bahak.

Sepanjang perjalanan itu, mereka seolah-olah mengejek kami. Alhamdulillah, pada stesen Wunstorf, mereka akhirnya turun.

"Have a good day, TOURISTS!" jerit salah seorang dari mereka sambil terbahak-bahak.

Setiap seorang daripada kami memang merasa sangat marah dengan perbuatan mereka. Namun apakan daya, berada di negara orang, biarlah apa orang nak buat, asalkan kita tak didakwa atas kesalahan jenayah. Ia sedikit sebanyak menganggu mood aku untuk berjalan-jalan di tempat orang. Bayangkan selama beberapa hari di Jerman, kami tak pernah diherdik sebegini rupa.


Sampai juga di Wolfsburg, bandar Volkswagen.

Kami sampai di Wolfsburg pada jam 9.30 pagi. Stesen kereta api utama di Wolfsburg nampak memang lebih kecil daripada yang ada di Bremen dan Hannover.

Keluar sahaja dari Wolfsburg Hbf, terus kami berjalan ke Autostadt yang terletak di seberang sungai.


Pemandangan di Mittelland Canal di Wolfsburg.

Setelah sampai di Autostadt, kami mencari-cari kaunter tiket untuk membeli tiket masuk, sayangnya harga tiket agak mahal dengan bajet kami yang sangat terhad. 15 Euro seorang boleh dikatakan agak membazir pada ketika itu. Jadi, kami teruskan perjalanan ke Volkswagen Arena, tempat di mana VfL Wolfsburg bermain.


Beberapa gambar di Volkswagen Arena.

Malangnya bagi kami pada hari tersebut, stadium itu juga tutup dan kami tak boleh masuk untuk stadium tour, aku agak kecewa tapi biasalah, dah orang tak buka nak mengada-ngada mengamuk tak tentu pasal, apahal kan?

Jadi, kami meneruskan dengan berjalan-jalan di sekitar dan kami sampai di sebuah restoran McD, masing-masing hanya order yang kami rasa halal makan, kalau ikut aku memang nak rembat je makan Double Cheese Burger ke apa, tapi baru teringat yang sini bukan Malaysia. Hahaha.

Aku pun terus order filet-O-Fish manakala Kak Su, Aidil dan Along pun dengan order masing-masing, setelah itu, kami pun ke seberang jalan, dan kami ternampak Auto-Museum (Muzium Kereta Volkswagen).

Kami membayar 6 Euro setiap seorang untuk masuk dan melihat generasi kereta Volkswagen.


Generasi kereta Golf.

Gambar di atas merupakan serba sedikit suasana di dalam muzium kereta itu, tiada apa-apa selain kereta, kereta dan KERETA!! Nampaknya, rakyat Jerman sangat obses dengan kereta, Setelah hampir sejam berpusing-pusing di dalam dan bergambar di dalam muzium, kami pun keluar dan berjalan lagi.

Wah, Designer Outlet Store Wolfsburg, sangat menarik, Kami pun singgah sebentar di kedai-kedai outlet store yang ada di situ, antaranya Timberland, Puma, Adidas (of course, Jerman kan!), dan ada beberapa jenama lain yang aku rasa masih belum ada di Malaysia. 

Bayangkan, t-shirt Timberland yang kalau di Malaysia biasanya berharga RM80-RM120, hanya berharga 7 Euro (RM28), malah pelbagai lagi jualan murah clearance summer stock disebabkan pada waktu itu semakin hampir dengan winter.

Aku duduk diam melihat dan baru tersedar aku sedang memandang parking lot yang sangat banyak kereta, malah BMW z4 pun diletakkan atas lumpur tanah merah, saya cuba untuk meradang tapi saya sedar, harga BMW z4 di sana pun tidak melebihi 80k Euro, masih murah bagi mereka rakyat Jerman. Malah, kereta Mercedes-Benz pun hanya dijadikan kereta bagi latihan memandu.

Parking lot di Wolfsburg Designer Outlet.

Jam 6.30 petang, kami pun bergerak pulang ke Bremen kembali sebab dah bosan tak tahu apa nak buat di Wolfsburg. Keindahan Wolfsburg memang takkan pernah dilupakan dan fakta yang menunjukkan 95% penduduk Wolfsburg memakai kereta Volkswagen memang benar-sebenar-benarnya.

Malam itu, kami masing-masing mengemas barang-barang kami kerana pada keesokkan harinya kami akan bertolak kembali ke Amsterdam. Mengujakan! Kota seks dan kota ganja!

Hari 8 (26 Oktober 2014, Ahad)

Hari ini hari yang menyedihkan, terutamanya aku sebab terpaksa berpisah dengan kawan baru aku, Ahmad Aidil yang muka Cina sikit ni, tapi dalam diam, aku terasa sedikit happy, mungkin telah tiba masanya aku untuk merasa ganja yang digembar-gemburkan sebagai SUPER POWER tu!

Kami bergerak dari Bremen pada jam 12.50 tengah hari dan akhirnya sampai di Amsterdam Schiphol pada jam 4.30 petang, dan lebih kurang 1 jam menunggu shuttle bus, akhirnya dalam jam 6, kami sampai di Hoofddorp, dan kami check-in ke dalam hotel kami.

Antara pemandangan di stesen Hilversum, semakin dengan dekat Amsterdam (semasa perjalanan Bremen - Amsterdam)


Masing-masing penat dan terus berada di alam fantasi, selekas mungkin.

Hari 9 (27 Oktober 2014, Isnin)

Aku terjaga awal, dan terus kejut Along bangun dari tidur, errr Kak Su pulak, aku tak pasti sebab dia di bilik lain, dan event yang harus kami pergi hanya akan bermula pada hari Selasa dan Rabu, kami pun terus memikirkan ke mana mahu pergi.

Aku mula membuah idea kepada Kak Su dan Along untuk berjalan di sekitar city centre sudah pasti ketika breakfast. Breakfast macam biasa, roti, telur dan jus sahaja. Kalau duduk sana 2 tahun, memang kurus aku, tak tipu.

Usai breakfast, kami terus ke shuttle bus dan dia pun menghantar kami ke Schiphol Airport, yang mana ada stesen kereta api bawah tanah untuk ke Amsterdam Centraal.

Setelah sampai di city centre, berkumandang lagu Boom Clap nyanyian Charli XCX dalam kepala aku yang mana aku tonton di dalam filem The Fault in Our Star, tak pernah menyangka yang aku akan turut berada di sana dengan selekas ini.

Amsterdam Centraal


Red Light District pada waktu siang.


Beberapa pemandangan di Amsterdam.

Aku pun apa lagi, berpusing-pusing mencari cenderahati untuk dibawa pulang dan mengambil gambar dan sebegainya, mencuba Gouda Cheese dan sebagainya. Pada satu ketika, aku menyuarakan hasrat untuk pergi ke stadium Ajax Amsterdam, antara bekas pasukan terbaik di Eropah.

Along dan  bersetuju dan kami pun bergerak ke Tourist Information Centre (Amsterdam sangat banyak mempunyai tourist centre-nya) dan bertanyakan mengenai 'Stadium Tour' kepada seorang perempuan Belanda yang sangat comel mukanya.

Dia membantu kami dengan baik sekali malah memberi kami 10% diskaun kerana kami membeli daripada tourist center di situ dengan harga hanya 12.50 Euro. Kami segera kembali ke Amsterdam Centraal dan menggunakan Amsterdam Metro (MRT gaya Amsterdam) untuk ke stesen Amsterdam Biljmers Arena, dalam 15 minit kemudian kami sampai.

Aku memerhatikan di dalam Amsterdam Metro tadi, baru aku mula perasan yang Amsterdam Metro ini terdapat pelbagai gaya dan pelbagai jenis fesyen dan perangai anak muda Amsterdam yang sangat bebas.

Setelah sampai di situ, kami segera seolah-olah berlari-lari untuk ke stadium.
Tiket stadium tour pun seperti tiket perlawananan!

Pemandangan di halaman stadium.

Bilik persalinan pemain, kami tak dibenarkan masuk disebabkan masih ada barangan pemain di dalam bilik itu.

We are AJAX!

Bergambar di seat VIP, boleh merasakan pengalaman seolah-olah menonton perlawanan.


Aku bergambar di kerusi pengurus di dalam press room.

Stadium yang sangat mengujakan, malah membuatkan aku tertarik untuk memahami bagaimanakah perniagaan bolasepak dilakukan di sini. Kami mengakhiri hari kami dengan makan di sebuah kedai Arab di Amsterdam Centraal, dan di situ juga turut mempunyai surau dan sejadah. Inilah dikatakan, kita masih boleh lihat Islam walaupun di mana kita berada.

Hari 10 (28 Oktober 2014, Selasa)

Aku tetap bangun awal pada hari ini, setelah usai mandi dan solat subuh, aku pun breakfast dan aku menyatakan aku tidak mahu pergi ke exhibition yang akan diadakan di Amsterdam RAI itu, aku cuma menyatakan aku sedikit kurang sihat dan perlu sedikit rehat sebelum pulang keesokkan harinya.

Along hanya menyatakan jika mahu kemana-mana, jangan lupa bawa kunci bilik dalam sebagainya. Aku berehat di bilik hingga jam 9 pagi, kemudian bersiap-siap untuk ke city centre, untuk melihat the dark side.

Aku sampai di Amsterdam lebih kurang jam 10 dan cuaca pada hari itu sangat sejuk,

Amsterdam berkabus.

Aku memeriksa smartphone aku dan menyedari bahawa cuaca hari tersebut adalah serendah 6 darjah celcius, aku hanya berjalan dan mencari kedai kopi (coffeeshop) dan untuk pengetahuan pembaca, coffeeshop di Amsterdam adalah menjual ganja yang dihisap menggunakan bong dan balang shisha.

Aku masuk hanya duduk untuk 5 minit dan aku benar benar memesan kopi panas untuk diminum, setelah itu aku pun bergerak ke kawasan Red Light District (pusat pelacuran terbesar di Eropah).

(Nota buat pembaca: Bahagian ini akan diselitkan sedikit perkara-perkara yang lucah dan tiada gambar yang boleh aku berikan buat tatapan anda semua)

Aku memulakan dengan masuk ke dalam DVD rental shop yang mana mempunyai koleksi video dewasa semuanya, malah di dalam kedai yang sama, dildo dan pelbagai lagi barangan berkaitan seks dijual di situ. Tambahan lagi, di tingkat atas kedai tersebut ada sebuah panggung tetapi menayangkan filem seks dewasa uncensored dengan hanya 2 Euro sahaja.

Aku dengan open-minded terus menanyakan sama ada tayangan telah bermula dan operator itu menjawab, tayangan bermula lebih kurang 5 minit lagi. Aku segera membelanjakan 2 Euro untuk menikmati menonton video dewasa 'secara berjemaah'.

Nampaknya hanya ada 5-6 orang sahaja termasuk sepasang couple, pada hemat aku, aku cuma diam dan hanya menunggu sahaja apa yang bakal berlaku, di barisan yang sama dengan aku terdapat seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30an yang sedang menghisap ganja hanya tersenyum macam badut kepada aku.

Tayangan dimulakan, dan aku makin tak senang duduk, hanya diam sahaja dan mungkin setelah 5 minit, aku pun keluar disebabkan pasangan itu telahpun di tahap ringan-ringan dan lelaki yang sebaris dengan aku pun telah bersama fantasi seksnya (masturbasi).

Pengalaman yang buruk dan memang aku tidak patut masuk langsung. Aku meneruskan perjalanan ke kawasan yang mana ada pelacur-pelacur sedang berdiri di tepi tingkap (bayangkan seperti anda sedang window shopping), jadi, itulah keadaan di Red Light District, sangat menakutkan.

Dalam keadaan sejuk itu, aku juga masuk ke dalam Muzium Seks hanya membayar 2 Euro (aku sangat gusar, semua yang berkaitan seks sangat murah). Aku pun melihat sejarah pelacuran dan sebagainya dan bagaimana industri ini berjalan.

Usai disitu, aku pun bergerak ke kedai makan Arab yang aku makan semalam bersama Along dan Kak Su sekitar jam 1.30 tengah hari. Dalam masa yang sama, aku memikirkan, selemah-lemah mana iman kita di negara sendiri, namun, bila kita tiba di sini, hati kita akan berat menerima perkara-perkara yang dianggap biasa. Ganja, pelacur dan sebagainya seolah-olah benda biasa, yang dianggap cool dan sebagainya. Daun ganja sendiri anda boleh petik dan terus roll the ganja di situ.

Aku terus pulang ke hotel untuk berehat dan berkemas-kemas.

Hari 11 (29 Oktober 2014, Rabu)

Kami bangun agak awal dan segera bersiap-siap, hanya menunggu kapal terbang MAS, untuk pulang, ke tanah yang dicintai. Kami sampai di Malaysia pada hari Khamis, jam 7 pagi.

MH19 penamat kami, semoga berjumpa lagi.

Nantikan kembara kali kedua aku ke Eropah (UK, Holland, Germany dan Turki) pada masa yang akan datang!








Tuesday, June 09, 2015

Kembara ke Eropah, bumi Amsterdam & Northwest Germany [Bahagian 1]

Assalamualaikum guys. Alhamdulillah, hampir 1 tahun 5 bulan aku tak menulis apa-apa pun di blog ini. Seriously, lately memang aku gile travel. Sebelum ini ye lah, tak berapa berduit. Paling kuat pun pergi Singapore, itu pun ikut ayah meeting.

Alhamdulillah, aku sebenarnya saja nak throwback sepanjang perjalanan aku di Eropah buat pertama kali. Yang mana aku melalui aku punya rezeki untuk dihantar berkursus di sana dengan abang aku bersama salah seorang lagi staff syarikat ayah aku di syarikat bernama Flowserve GESTRA AG, yang mana merupakan pengeluar steam trap paling utama di Jerman khasnya.

Aku punyalah excited di Malaysia, ya lah, tak pernah ke Eropah kan, setelah hampir 19 tahun hidup di Malaysia dan sekali dua ke Singapura dan Indonesia, baru aku dapat merasa untuk ke Eropah. Jadi, perjalanan aku dijadualkan bergerak ke Eropah pada hari Sabtu (18 Oktober 2014), jam 11.55 malam menaiki syarikat penerbangan Malaysia Airlines, penerbangan terus ke Amsterdam.


Hari 1 (19 Oktober 2014, Ahad)

Kami sampai di Amsterdam Schiphol International Airport pada jam 7.30 pagi rasanya, sangat mengujakan setelah 12 hingga 13 jam lebih perjalanan ke Amsterdam. Abi berpesan yang mungkin pada hari ini pekerja-pekerja keretapi antarabangsa sebagai contoh Belanda ke Jerman akan membuat mogok, jadi amat sukar lah untuk kami bergerak secara terus dari Amsterdam ke Bremen.

Sangat panik pada ketika itu, dan kami semua mencari idea sama ada untuk menaiki bas, keretapi atau menyewa kereta sahaja. Sewa kereta adalah jalan terakhir disebabkan pemanduan left hand drive, kemudiannya, jalan pun kami tak tahu di sana. Kami mengambil keputusan untuk mengambil keretapi NS International dari Amsterdam Centraal ke Bad Bentheim, dan dari Bad Bentheim, kami akan mengambil kereta api ke Bremen melalui Osnabruck.

Jadi keretapi kami bertolak pada jam 11 pagi, kami masih ada kurang lebih 2 jam. Dahlah dekat negara orang, Kak Su tu pun dulu sampai Amsterdam dan pusing Amsterdam je disebabkan meeting kat Amsterdam. Aku dan Along lagilah memang 'my first time' di Eropah khususnya.

Perjalanan dari Amsterdam ke Bad Bentheim lebih kurang 2 jam, keretapi pulak memang takde wifi, lagilah mengantuk tak tahu nak buat apa dalam train. Alhamdulillah, sampai Bad Bentheim kami terpaksa pulak naik keretapi lompat-lompat nama dia WestfalenBahn macam KTM Komuter tu selama 45 minit camtu lah gamaknya untuk sampai ke stesen Osnabruck Hbf. Sampai pulak di Osnabruck Hbf baru boleh naik keretapi DB Bahn yang quite popular tu dari Osnabruck Hbf ke Bremen Hbf lebih kurang 1 jam lagi. Kami akhirnya sampai ke Bremen Hbf pada jam 5.10 petang waktu tempatan.

Sampai jugak di Bremen, kami hanya perlu berjalan dari stesen keretapi ke hotel Maritime Bremen kurang lebih 500 meter sahaja.


Hari 2 (20 Oktober 2014, Isnin)

Setelah hari yang sangat memenatkan semalam, aku dan Along terjaga awal, kemudian kenal dengan seorang bro Singapore, nama dia Aidil, memula aku ingat dia Chinese, rupanya Melayu dan loghat dia macam loghat Johor sikit tapi lebih baku. So, dari hotel ke tempat kursus (yakni kilang GESTRA AG), kami dijemput dengan teksi, cuaca tak berapa sejuk, dalam 14 degree celcius sahaja. Itu pun pagi bangun dan berlagak macam sejuk gila. Haha.


Aku sampai dengan aku rasa aku seorang sahaja yang merupakan masih lagi siswazah menuntut diploma bhai, garu kepala juga seminar tu dengan trainer-nya, Heiner tu cakap English pun pelat Jerman lagi, nasib baik apa yang aku belajar di German-Malaysian Institute sangat membantu. Hari pertama ni masih ringan lagi.

Aku pun ada tegur seorang dua lelaki Arab, tapi Arab yang dari Qatar ni jenis sombong sikit at the first time. Aku macam biasa, Melayu lepak dengan geng Melayu lah, aku pulak dalam seminar room tu memang duduk sebelah Kak Su, Kak Su pun banyak tanya aku jugak pasal steam ni, mementang la dia tau aku belajar Process, tapi memang fokus jugak lah dalam tu walaupun agak susah. Training pada hari itu bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

Malamnya, kami dijemput untuk pusing-pusing di sekitar bandar Bremen dan dibelanja makan oleh syarikat GESTRA AG.


Memang terbaik lah makanan malam itu, restoran Turki nama Tendure yang merupakan specialist makanan Anatolia. Balik je bilik, lepak sekejap dan terus tidur, memang sangat mudah tertidur di dalam hotel.


Hari 3 (21 Oktober 2014, Selasa)

Hari ini hanya melawat kilang GESTRA AG tapi sayangnya satu gambar pun tak dibenarkan ambil atas sebab-sebab keselamatan, jadi aku patuhlah dengan arahan itu. Orang Jerman ni straightforward sedikit, kalau kata tak boleh, memang tak bolehlah. Jangan haraplah.

Malamnya hanya makan dan lepak dengan Along, Aidil dan Kak Su, kami juga membeli sedikit cenderahati untuk kerabat di Malaysia dan Singapura. Pada masa yang sama, kami ada jugak plan untuk tengok bola pada hujung minggu tersebut, perlawanan Bundesliga antara Werder Bremen dan FC Koln yang berlangsung di Weserstadion, Bremen. Aku pun bagi idea pada hari Sabtu tu untuk berjalan dari Bremen ke Wolfsburg untuk melihat bandar kilang Volkswagen. Semua pun bersetuju untuk beli tiket keretapi yang agak murah sekitar 40 Euro sahaja bagi 4 orang bagi tiket pergi balik.

Banyak berjalan di malam hari pusing-pusing tengok funfair yang ada dekat dengan hotel kami.


Hari 4 (22 Oktober 2014, Rabu)

Kepala makin berat dengan banyaknya topik-topik yang kritikal pasal Steam Management ni, aku terpaksa hadamkan jugak. Dengan sebaik mungkin, aku beberapa kali jugak bertanyakan soalan pasal topik-topik yang tersebut. Kebanyakkannya pasal product, kenapa itu, kenapa macam ni, kenapa kena kira macam ni.

Antara contoh keratan rentas produk tersebut. Apa-apappun, gambar aku mesti kena ambik jugak kan? Haha.


Hari 5 (23 Oktober 2014, Khamis)

Hari ini merupakan hari terakhir berkursus di GESTRA AG. Agak sedih untuk berpisah dengan kebanyakkan orang, aku teringin nak mengorat seorang perempuan Poland ni nama dia Aleksandra Patejuk tapi tak kisah sangat lah sebab dia minah saleh kan, mana layan Melayu macam aku. Jadi, di akhir kursus ini, aku dapatlah sijil yang aku pun tak rasa aku deserve dapat tapi syukur Alhamdulillah, tamat jugak seminar di GESTRA Akademie ni.


Jadi, pada malamnya pun kami lepak-lepak pusing sepanjang Bremen sambil aku tolong Aidil beli tiket bola online. Aku dan Along dah pun beli masa di Malaysia lagi sebab aku dah plan yang aku memang datang sini mesti wajib tengok bola.


Hari 6 (24 Oktober 2014, Jumaat)

Pagi ini, aku, Along dan Kak Su bergerak dengan seawal jam 7.00 pagi ke Bremen Hbf, suasana yang sangat bersih sepanjang perjalanan dari hotel ke stesen keretapi walaupun pada malam sebelumnya ada funfair. Kami ada office visit di pekan Celle, yang mana merupakan satu lagi syarikat yang mempunyai urusan dengan syarikat keluarga aku. Keretapi dari Bremen Hbf ke Celle Hbf dengan pertukaran di Hannover Hbf lebih kurang 60 Euro seorang.

Kami akhirnya sampai di Hannover pada jam 8.44 pagi. Kami hanya sampai di Celle Hbf pada jam 9.45 pagi, dan apabila kami keluar dari keretapi, kami terus ternampak seseorang memegang kadbod bernama 'Tiara', kami pun terus mendekati lelaki yang berusia lebih kurang 50-an tersebut, dan dia tersenyum memandang ke arah kami dan mendekati kami dan terus menghulurkan tangannya untuk handshake bersama kami bertiga.

Along yang banyak berbual dengan lelaki tersebut yang bernama Thomas, aku dan Kak Su hanya diam sahaja di belakang, lebih menikmati pemandangan di sekitar kawasan pekan Celle yang berpopulasi 72 ribu penduduk itu.

Akhirnya sampai juga di Celle Hbf.

Di syarikat tersebut.

Akhirnya sampai juga setelah kurang lebih 30 minit perjalanan dari Celle di kawasan syarikat tersebut. Syarikat yang telah lama bertapak di pekan Celle dan berpindah jauh sedikit daripada pekan Celle itu. Aku, Along dan Kak Su pun masuk ke dalam bilik mesyuarat yang disediakan dan Thomas membuat sedikit presentation mengenai produk dan beberapa perkara berbangkit mengenai urusan syarikat.

Kami dibawa makan tengah hari di sebuah restoran terkemuka di pekan Celle, ingat-ingat lupa nama restoran itu. Aku, Along dan Kak Su mengambil langkah untuk mengatakan yang kami adalah vegetarian dan sekurang-kurangnya mengambil hati mereka dengan memakan pasta cheese di sana. Kami juga berjumpa dengan boss besar company tersebut bernama Carsten yang turut menyertai makan tengahari kami.

Tamat sudah perjumpaan selama 4 jam kami.

Kami berkejaran juga di setiap stesen keretapi yang kami naiki, berlari lari juga dari satu tempat ke satu tempat disebabkan perlawanan bolasepak yang akan mula pada jam 8.30 malam. Kami sampai di Bremen pada jam 5.30 petang dan aku terus menghantar mesej Whatapps kepada Aidil agar cepat bersiap agar tak terlewat. Kami berjanji untuk berjumpa di lobi hotel pada jam 6.30 petang.

Berjumpa di lobi hotel, kami terus mengambil keputusan untuk naik teksi agar tak tersesat. Teksi sampai pada jam 6.45 petang dan kami sampai di stadium pada jam 7.00 malam.

Bersama Aidil.
Tiket kami, kami duduk berjauhan dengan Aidil sebab dah tak ada tempat di sekitar tempat duduk kami.

Aksi ketika perlawanan.

SV Werder Bremen kalah 0-1 kepada FC Koln pada malam itu. Semua penyokong Werder Bremen kelihatan sangat kecewa dan marah dengan taktikal yang diterapkan oleh pengurus mereka, Robin Dutt. Aku juga sedikit kecewa dengan kekalahan itu. Aku, Aidil dan Along mengambil keputusan untuk berjalan dari stadium ke hotel dan kami sempat singgah makan sebentar.

Kami juga terpaksa melalui stesen keretapi yang mana penuh dengan manusia yang bersuka ria. Bunyi botol bir yang pecah kedengaran di sana sini. Cuak tak payah ceritalah, dengan takut duit kena curi lagi. Alhamdulillah, kami sampai ke hotel dengan selamat.

Nantikan bahagian kedua yang lebih menarik di Wolfsburg dan Amsterdam.

Wednesday, February 19, 2014

Saja update.

Seriously masuk kat GMi ni membuatkan aku jadi lebih sibuk dan seterusnya menyebabkan masa aku nak mencoret dalam blog hampir takde.

Sepanjang aku study di GMi, semuanya biasa je. Gila normal hidup aku. Pagi pergi kelas, petang dah dekat malam baru nak balik GMi.

Kadang-kadang rasa sedih jugak mencoret memori dulu. Ada memori itu hanya tinggal kenangan. Ini coretan aku untuk dia. Aku harap dia baca dan dia faham sendirilah.

'Awak, saya harap awak sihat. Awak ingat lagi first time kita jumpa dulu? Dekat dewan kan, terkejut sangat tengok awak. Cantik. Haha, awak kata saya pendek. Tapi saya terima sebab saya memang pendek. Haha. Bahagia sangat jalani kehidupan yang sebentar tu dengan awak. Saya tahu dimata awak, saya tak sempurna. Hanya mampu saya titipkan doa agar awak tetap bahagia sampai bila-bila.'

Puiii, jiwang pulak aku sekarang. Biasalah. Manusia. Cuma yang pasti, cinta aku bukan disini dan aku tak menanti.

Tuesday, December 10, 2013

Kegalauanku.

Tertutup sebentar,
Mata,
Telinga,
Hidung,
Mulut.

Kaku sebentar,
Jari,
Tangan,
Kaki.

Kelu sebentar,
Lidah yang berbicara.

Semuanya kerana dia yang,
Tersenyum,
Tertawa,
Terus bahagia.

Sedangkan di sini,
Masih gelisah,
Gundah,
Mahu meredah.

Bukan baru,
Tapi dah lama.


By Che Wan,
12.08pm,
10th Dec 2013.

Sunday, October 20, 2013

Tualang Aku!

Hidup aku,
Tak perlu siapa menduga-duga,
Kerna hidup aku,
Biar aku yang corakkannya,
Tiada siapa mampu halang,
Jangan sampai aku cincang,
Sampai tinggal tulang,
Hari ini aku berpetualang,
Mungkin esok aku hilang.

Bye

Friday, July 19, 2013

Cinta.

Siapa aku untuk berbicara cinta?
Lelaki biasa tanpa apa-apa,
Aku terdiam bila melihat dirinya tersenyum,
Aku terdiam lagi bila melihat dirinya tertawa.

Kadangkala,
Aku cemburu melihat dia tersenyum kepada jejaka lain,
Aku cemburu melihat dia tertawa bersama jejaka lain,
Aku cemburu melihat dia berbual bersama jejaka lain.

Tahan sahaja,
Kerana skrip percintaan itu,
Tetap,
Berada di tangan Allah SWT.

By : Che Wan
Date : 19 Julai 2013
Time : 12.08 pm.

Saturday, July 06, 2013

Selamat Belajar untuk Aku!

Assalamualaikum, setelah aku asyik copy je dua update yang lepas. Hari ni baru teringat balik nak update.

Aku mintak satu benda je.
Doakan aku dalam pembelajaran aku dalam Diploma Elektronik Industri (Proses, Kawalan & Instrumentasi) di German-Malaysian Institute.

Mohon doanya.

Nah, gambar!

Kelak aku berjaya, gambar graduasi aku bakal di-upload pula. Insha-Allah.

Selamat berjaya kepada rakan-rakan aku!

Wednesday, June 19, 2013

Manusia takkan pernah berpuas hati dengan apa yang mereka ada!

Baca cerita di bawah dan renungkan.

Seorang petani dan isterinya bergandingan tangan menyusuri jalan untuk pulang ke rumah dibasahi air hujan, tiba-tiba,berlalulah sebuah motorsikal di depan mereka, lalu berkatalah si suami itu.

"Lihatlah, sayang, betapa bahagianya suami isteri yang menunggang motorsikal itu, meskipun hujan, namun mereka boleh sampai cepat ke rumahnya, tidak seperti kita yang harus penat berjalan untuk sampai ke rumah."

Sementara itu, penunggang motorsikal itu dan isterinya sedang membonceng di bawah lebatnya hujan melihat sebuah kereta pick-up yang bergerak melewati mereka, penunggang motorsikal itupun berkata.

"Lihat, sayang, betapa bahagianya orang yang menaiki kereta itu, mereka tidak basah terkena air hujan seperti kita."

Lain pula keadaan di didalam kereta pick-up yang dinaiki oleh sepasang suami isteri, terjadi sebuah perbualan ketika sebuah kereta Mercedes berlalu dihadapan mereka, si suami berkata.

"Tengok kereta itu. Betapa bahagianya orang yang naik kereta yang bagus, pasti selesa, tidak seperti kereta kita yang selalu rosak."

Pemandu kereta Mercedes itu seorang lelaki yang kaya, dan ketika dia melihat sepasang suami isteri yang berjalan bergandingan tangan di bawah hujan lebat, lelaki kaya itu berkata di dalam hatinya.

"Betapa bahagianya suami isteri itu, mereka berjalan bergandingan tangan sambil menyusuri indahnya jalan di kampung ini, sementara aku dan isteriku tidak pernah ada waktu untuk kami berdua kerana kesibukan kami masing-masing."

Kebahagiaan tidak akan pernah kau miliki jika kau hanya melihat kebahagiaan yang dimiliki orang lain, dan kau selalu membandingkan hidupmu dengan hidup orang lain. Bersyukurlah atas hidupmu supaya kau tahu di mana kebahagiaan sejatu itu berada.

Saturday, June 08, 2013

Ujian?

Semalam tetap takkan kembali, hari ini tetap perlu diperbaiki, esok hari rancang yang terbaik. Tutup mata, bangun dan terus lakukan segala-galanya dengan baik. Hari ini satu perkara untuk kita fikirkan bersama. Mungkin, ini adalah sesuatu yang kita kurang peka selama dalam kehidupan kita ini.

Ubat pastinya pahit untuk ditelan. Ulat beluncas juga sebelum menjadi seekor rama-rama yang cantik, ia perlu menghadapi sebuah pengalaman pahit iaitu ketika dia ingin keluar dari kepompongnya. Ubat juga pahit untuk ditelan, namun hasilnya amat baik untuk kita.

Begitu juga dengan kehidupan manusia yang pahit ketika tempoh belajar. Sewaktu waktu kecil kita, tempoh kita belajar untuk berdiri, belajar untuk berjalan, kadangkala kita terjatuh. Itulah waktu pahit, dan lihat bagaimana pula hasilnya.

Ketika kita di sekolah, belajar untuk menghadapi peperiksaan SPM, pasti kita berfikir hidup ini begitu susah. Sedangkan Allah memberi kita ujian agar karakter kita menjadi lebih kuat.

Tetapi sesungguhnya nikmat Tuhan kita yang manakah yang kita dustakan? Allah telah memberi kita berbagai nikmat. Tetapi bagaimana dengan diri kita yang sentiasa menyalahkan Allah kerana memberikan kita sebuah beban.

Tidakkah kita memikirkan yang bahwa Allah telah memberikan kita kesenangan dengan makanan yang kita telah makan, kenderaan untuk kita ke pusat ilmu, dan berbagai lagi ilmu.

Dan tidakkah kita memikirkan Allah yang menghidupkan kita selama ini? Tidakkah kita memikirkan yang Allah yang mendegupkan jantung kita? Bagaimana pula, dengan DNA kita, dengan elektron, dengan sel di dalam badan kita dan alam semesta yang sentiasa berpusing mengikut arah lawan jam. Dan bagaimana pula dengan umat Islam yang bertawaf di sekeliling Kaabah melawan arah jam.

Ini menunjukkan Allah mempunyai kuasa. Dan kita tidak sepatutnya ingkar dengan perintah Allah. Sesungguhnya manusia yang bersabar menerima takdir Allah, adalah orang-orang yang sesungguhnya bersabar.

Insha-Allah. Salam kehidupan.

Thursday, May 30, 2013

Kali pertama, aku......

Assalamualaikum, Alhamdulillah rakan-rakan, aku dah selesai menjalani operation pertama dalam hidup aku lebih kurang seminggu yang lepas. Ya, my first operation. Okey, asal-usul terjadinya kecederaan ini.

SUATU PETANG DI PADANG MRSM MERBOK.

"Ya, bola dihantar ke Sofwan, dia cuba menggelecek pertahanan. Lepas satu, lepas dua, OOOO, dia diterjah kuat oleh pemain lawan."
"Nampaknya Sofwan mengerang kesakitan, dia dipapah keluar oleh pasukan perubatan."


Kira-kira 3-4 hari kemudian, lutut aku membengkak. Hujung minggu tu, aku dibawa outing oleh mak bapak aku untuk mendapatkan rawatan. Mula-mula ingat nak pergi urut. Sebelum pergi mengurut, kami sempat singgah ke rumah kaum kerabat kira sedara jauh jugak lah kan. Rupa-rupanya anak kepada sedara jauh mak aku tu cikgu Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

Dia cadangkan kat ayah aku... "Kalau lutut, baik pergi hospital, sebab nanti bengkak kalau urut.". Jadi ayah aku pun terus tukar plan dan terus ke Hospital Pakar Metro. Setelah aku tak balik outing tu, ayah aku call Cikgu Ariffin, Timbalan Pengetua MRSM Merbok dan terus aku teruskan rawatan hilangkan bengkak dengan doktor dan sebagainya yang memakan masa tapi belum masa untuk operation lagi.



Kalau tengok pada rajah di atas, doktor kata aku punya ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT koyak 75%. Walau bagaimanapun, pada 14 Mei yanng lepas, setelah selesai Pilihanraya Umum Ke-13, aku menyuarakan kepada bapaku supaya terus kembali kepada rancangan asal untuk operation lutut aku.

Petang itu, kami terus ke KPJ Selangor Specialist. Petang itu berjumpa dengan Dr. Jamal, pakar ortopedik. Setelah bincang selama setengah jam dan mengesahkan, tarikh akhir untuk operation aku ialah 20 Mei 2013, jam 1 petang.

LEBIH KURANG SEMINGGU KEMUDIAN

10.00 pagi
Aku baring di atas katil sambil menekan-nekan butang di handphone, tengah mesej dengan Naim. Waktu tu dah start cuak macam apa lagi.

10.30 pagi

Pakar bius, Dr. Suraya namanya datang sambil memberi taklimat apa yang patut mengenai bius. Dalam 5 minit kemudian, nurse wanita pula datang untuk mengambil catatan tekanan darah aku.

12.30 tengah hari
Dua orang nurse wanita datang untuk memohon kebenaran untuk melihat pembedahan dan membuat follow up kepada aku.

12.45 tengah hari
Beberapa orang nurse datang dan memberikan aku baju pembedahan dan meminta aku bersiap segera untuk ke dewan pembedahan.

1.00 petang
Aku telah masuk ke kawasan dewan pembedahan. Waktu ini tangan aku sejuk, kaki aku sejuk. Memang ketaq tak terkata dah la.

1.30 petang

Aku baru sahaja masuk ke dalam operation room. Waktu ni diorang bius aku, inject di tulang belakang aku dan aku tak pengsan cuma dari pinggang sampai kaki sahaja aku tak rasa apa-apa langsung. Nak angkat pun tak boleh. Aku meminta pakar bius lelaki tu untuk lenakan aku sekejap.

Lebih kurang 3.00 petang
Aku terjaga, masih lagi mamai, tiba-tiba aku dengar macam-macam, tapi operation theatre tak menakutkan pun, takde pun gelap-gelap bagai, cuma lampu yang macam spotlight tu dibuka la. Aku nampak bahagian dalam kaki aku di skrin tayangan dan aku bersembang-sembang dengan pakar bius. Dia boleh duk sembang pasal accident sehari sebelum. Nasib baik dia tak buat lawak. Tapi aku tengok, doktor-doktor ni semua relax-relax je. Kurang sikit cuak aku, sakit pun tak rasa.

Lebih kurang 4.30 petang
Selesai operation, aku pun dibiarkan sebentar di recovery room untuk menenangkan diri. Memang sedikit sejuk dan menggigil di dalam operation theatre tu.

5.00 petang
Aku dah balik wad dan berehat. Alhamdulillah, segalanya lancar.

Malam itu, mood aku sedikit swing mungkin disebabkan kesan ubat yang semakin habis dan kaki yang semakin sakit. Dan keesokkan harinya aku telah boleh mula berjalan sikit-sikit menggunakan tongkat. Alhamdulillah, kini aku dalam proses pemulihan. Doakan aku.


Aiman Azuddin melawat aku pada hari aku discaj. Dia datang pagi, aku discaj petang. Smile. *Nampak tak aku still pucat?

Sekian, tamatlah cerita pengalaman kali pertama aku dioperate. Cuak memang cuak, tapi untuk kebaikan diri. Assalamualaikum.

Monday, May 13, 2013

Rusa Masuk Kampung!

Aku rasa nak berblogging pula hari ni. Haha. Pengalaman baru tetap mengajar kita sesuatu yang baru. Dua tiga hari lepas, aku keluar bersama Aiman Azuddin, Alif Aimran dan juga Shakir Muntazar. Pada mulanya, aku dan Aiman Azuddin (IpMan) datang dari Shah Alam setelah dia ambil aku di rumah aku menggunakan kereta beliau..

Kemudian, setelah berpusing mencari Presint X di Putrajaya, aku taknak dedahkan tempat, nanti korang cari pulak tempat bersejarah tu. Sebab sementara menunggu Shakir Muntazar (Mad Cad) ambik kita orang, sempat pulak aku bedal waffle dan sekotak air minuman yang sedap di samping menjalankan aktiviti rahsia. Hahaha.

Setelah sampai untuk mengambil Alif Aimran (Mat Alip), kami pun terus menuju ke shopping mall yang terkenal di Putrajaya, alah, kalau aku tak bagi tahu nama pun, korang tahu nama mall tu. :) Parking punya lah nak mencari, last-last Ipman naik tingkat paling atas, memang kosong takde sebijik kereta pun dekat tingkat atas.

Kami pun keluar dan terus ke GSC & check punya check 15 minit gak. Last-last pergi makan dulu. Aku sorang je makan sebab jangan tanya. Hahaha, aku kan memang kaki makan ni. Pantang nampak je mulalah rambang mata.


Ni gambar waktu aku makan.

Kemudian, kami pun macam biasa, sembang punya sembang, jam telah menunjukkan pukul 2 petang. Gelak punya gelak nak jalan pergi surau je pun. Alhamdulillah, semua dah makin matang. Takde dah kenangan bukan-bukan cam dulu. Dulu best je. IpMan dan Mad Cad solat terlebih dulu sebab aku dan Mat Alip lepak luar surau sembang-sembang, biasalah, lama tak jumpa. Kemudian kami berdua masuk bersolat pulak.

Usai solat, kami terus berjalan ke wayang sekali lagi, tetap, Iron-Man 3 Mat Alip taknak tengok sedangkan aku, IpMan dan Mad Cad nak tengok. So,untuk puaskan hati masing-masing, kami berempat terus tak jadi tengok. Kami terus berjalan ke bowling. Hahaha, main tiga games je pun, tu pun rasa penat nak mati ah. Lane kamilah yang paling bising.

Seterusnya, dah dekat pukul 3.30 petang. Kami terus bergerak nak kembali ke kereta IpMan. Tiba-tiba, Mat Alip dan Mad Cad nak beli McDonalds terlebih dahulu. Aku masuk juga walaupun duit dah tak berapa nak cekang. Kejadiannya terjadi sebegini waktu tengah nak order.

Cashier (Girl Comey) : Ye, selamat datang ke McDonalds, nak makan sini ke nak bawak balik?
AKU : Ya, nak bawak balik lah. Mat Alip, hang nak apa?
Mat Alip : Aku nak Nuggets.
AKU : Hang nak apa pulak, Mad Cad?
Mad Cad : Double Cheese burger.
AKU : Huh, kak. Saya nak set 1 satu, set 4 satu, lepaih tu, kasi McChicken ala carte.
Cashier : Okey! Sebentar.


Ni suasana waktu tengah order.

Sementara menunggu, aku, Mat Alip dan Mad Cad cakap loghat Kedah pekat habeh. Haha. Auntie dan Uncle Cina yang tengah makan berdekatan kaunter pun tengok pelik je kat aku. Aku tak kisah. Hahaha. Setelah 3 minit, makanan yang aku order pun sampai ke tangan aku. Kami bertiga terus ke tempat yang letak sos dan sebagainya tu kan. Di sebelah kumpulan kami, ada seorang perempuan muda pakai specs emo yang sedang amik sos cili. Begitu bersemangat menekan.

Mad Cad : Weh, nak tibai yang mana ni, hat kecik-kecik ni menatang apa?
Mat Alip : Wey, cepat ah.
AKU : Hangpa tibai ja la semua. Makan ja garam, ngan lada tu. (dengan nada tinggi)

Perempuan specs emo tu pandang kami.Aku terus je la monolog "Apa hang ingat aku tak penah makan McD ka apa?".

Waktu tu baru aku perasan yang hampir semua orang dalam McD tu pandang kami. Aku, Mat Alip, Mad Cad dan IpMan terus keluar dari restoran McD tu sambil ketawa terbahak-bahak. Kami bergerak cepat ke kereta dan terus gelak sampai kami tiba di kawasan penginapan Mad Cad.

Secara konklusi, orang di Lembah Klang sangat jarang kot nampak orang berbahasa loghat Kedah. Tak payah nak buat muka pelik pandang kami. Kami pernah makan McD. Di pekan kami pun ada McD. Ya, kami mengaku orang Kedah ni sedikit bising dan kecoh tapi takpa, itu memang sifat kami secara semulajadi. Cara kami bercakap pun memang kasar. Bagi aku yang dah duduk Lembah Klang 11 tahun ni, terpaksa berpura-pura berbahasa KL katanya.

Just be yourself. Orang Kedah ni baik-baik semuanya. Jangan risau. Hahaha.

P/S : Aku suka duduk Kedah, tak jammed. :)


Wednesday, May 08, 2013

Kau kata satu, aku kata dua, sebab suka hati aku.

Aku tulis, kau baca. Macam biasa. Dah lama aku tak tulis sebab aku rasa aku busy berpeleseran dalam mendengar kata-kata yang entah aku tak tahu nak terangkan macam mana. Biarkan, semua dah berlalu. Aku mahu matang. Kau tak suka, diam saja. Jangan mengemis membaca di sini.

Aku akan suka dia,
Aku suka dia,
Aku pernah suka dia,
Aku tak suka dia.

Dek disebabkan aku suka dia, dan masih. Ya, kenal dia dulu tak sengaja. Senyum-senyum sahaja. Terukir pula wajahnya di kepala. Diam sahaja. Aku tahu kau yang baca sedang ketawa kepada aku. Tak mengapa sebab aku tak kisah. Sehingga kini, aku tutup mata dan masih teringat akan dia nun jauh dari mata.

Kadang-kadang, aku diam dan terfikir, sepanjang tempoh masa aku suka dia ni, pernah tak dia rasakan yang sama seperti apa yang aku rasa? Tutup mata lagi.

Kadang-kadang, aku tunduk dan termenung, sepanjang tempoh masa aku rindu dia ni, pernah tak dia rasakan yang sama seperti apa yang aku rasa? Tutup mata lagi.

Kadang-kadang, aku pandang lagi dan merenung, sepanjang tempoh masa aku cintakan dia ni, pernah tak dia rasakan yang sama seperti apa yang aku rasa? Tutup mata lagi.

Dalam masa aku menjadi pemerintah, aku perintah badan, telinga, mata, mulut, rambut, hidung, jari-jemari, kaki, lutut, kemaluan, perut, lengan, tangan dan organ badan aku, mungkin silap aku menggunung di hadapan mata dia. Dia tahu? Ya, dia tahu. Tak mengapa. Aku redha sahaja jika tangan ni hanya bertepuk tak berbunyi. Tuhan akan kasi jodoh, cuma bukan sekarang. Aku tetap bukan aku di kala aku menulis.

Di kala aku menulis, aku penulis. Di kala aku seorang pencinta, aku akan menjadi pencinta sejati. Di kala aku memikir, aku menjadi seorang pemikir. Biarkan orang mahu caci, maki sebab penulisan itu boleh 'jack' mulut orang-orang itu.

P/S: Aku update ni sebab aku dah lama tak update blog. Ceh.

Friday, April 26, 2013

Dalam sakit, ada bestnya. :)

Aku kadangkala terfikir. Siapa kita? Apa yang ada di sebalik kita? Kau cuba pegang muka kau, tapi kau itu muka kau, yang menutup diri kau yang sebenar. Siapa kau sebenarnya? Adakah mulut kau? Mulut itu hanya mengatakan apa yang kau arahkan. Kau ada pilihan untuk mengatakan sesuatu atau tidak.

Jadi, siapa kau sebenarnya, kau pegang badan kau, itu hanyalah pelindung kau. Ya, memang kau adalah roh. Sebenarnya, kau pun tak faham apa yang sebenarnya. Kau dilahirkan, membesar, berkawan, belajar dan kemudian bekerja dan berkahwin sehingga tidak mampu lagi untuk bekerja dan seterusnya mati. Itu memang rutin umum kehidupan manusia secara pendek.

Dalam kau dilahirkan, itu bagaimana? Dalam kau membesar itu, bagaimana? Dalam kau berkawan itu, bagaimana? Dalam kau belajar itu, bagaimana? Dalam kau bekerja dan berkahwin itu, bagaimana?

Persoalan itu masih belum benar-benar terjawab kan? Masha-Allah, kadangkala, kau hanya mengikut sahaja rentak apa yang terjadi dalam hidup kau tanpa kau sendiri menyedari bahawa ramai orang dalam komuniti ini yang sedang tersilap langkah dalam kehidupan yang membawa bala bencana kepada kehidupan kau.

Kalau kau rasa kau jahat, tidak. Kau dilahirkan sebagai seorang insan yang Allah tiada beri dosa. Jalan dalam kehidupan ini, kau yang pilih. Jangan sesekali salahkan Tuhan dalam hal ini. Namun, ketika kau tersilap itu, bukan tiada langkah untuk keluar dari kebinasaan itu. Cuma diri itu masih jahil tak mengenal Tuhan mahu agama. Kitab suci Al-Quran, Kitab Tripitaka, Kitab Bible, mahupun apapun kitab di dunia ini mengajarkan penganutnya untuk mengajak ke arah kebaikan.

Malahan Gautama Buddha sendiri bertapa untuk mencari kebenaran kerana melihat sistem kasta yang tidak mengamalkan ketidak adilan.
Manusia kini semakin berada tahap depresi yang tinggi. Mereka tidak mengenali diri sendiri. Tiada tujuan kehidupan, bila hilang arah, tiada tempat mahu bergantung. Akhirnya, demi maruah, bunuh diri jalan terakhir. Kau jangan pernah buat macam itu. Itu jalan orang sakit jiwa.

Tensi adalah sebuah penyakit. Kau akan rasa sakit bila kau rasa tensi. Semua jenis penyakit kau akan rasa. Cuma yang membezakan, kau mampu atau tidak mampu tangani tensi itu. Rasa tensi itu akan hadir ketika kau rasa sangat terbeban. Tetapi itu akan hadir dengan iringan kejayaan. Kalau kau takut untuk tensi dan hadapi stres, atau kau tak pernah rasa kegagalan terpuruk di atas bahu kau, kau takkan dapat genggam kejayaan besar melainkan sisa-sisa kejayaan orang lain.

P/S: Aku pun tak kenal diri aku lagi. Tak sampai serukah?

Wednesday, April 24, 2013

Botol Kaca Punya Inspirasi!

Memandang botol kaca itu,
Berfikir,
Biar terukir,
Untuk mengukir,
Sesuatu yang belum diukir.

Bersuara aku tidak jelas,
Kata-kata aku kadang tak lepas,
Jangan biarkan ia terlepas,
Kerana sesuatu itu,
Untuk dapatkan,
Terpaksa berhempas.

Kitab dibaca tambah pengetahuan,
Bukan dibaca membabi dan tak ketahuan,
Sebab bacaan itu membuka minda,
Untuk berfikir,
Dan memacu kearah bangsa penuh kejayaan.

#Nukilan CheWan, 12.03 pagi
#Atas kerusi dihadapan komputer riba
#24th April 2013

Sunday, April 21, 2013

TV dan Aku Punya Suka!

Ruang ini infiniti,
Aku diam lagi,
Hanya mendengar,
Tertawa,
Terharu,
Terhiba,
Kemudian terdiam lagi.

Di sebalik tirai itu,
Aku melihat anjakan,
Satu dua tiga,
Terus menerjah awan itu.

Semua berantakan,
Tikam sana,
Tikan sini,
Tiada berdarah fizikal,
Namun tensi terus menerobos ke awan.

Diam,
Aku lebih suka itu.

#Nukilan by Chewan, 10.45 malam.
#Atas sofa tonton TV.
#20th April 2013

Tuesday, April 16, 2013

Kesunyian Teramat Sangat!



Okey, first, Chelsea dah kalah FA Cup semi-final dengan Manchester City 2-1. Takpe, kalah pun aku tetap sokong sebab aku bukan gloryhunter. Keadaan ni sama macam suami isteri punya keadaan, kalau suami atau isteri susah, bukan maksudnya itu meminta kita meninggalkan pasangan yang berada di dalam kesusahan itu. Itu LALANG.

Untuk pengetahuan pembaca blog aku yang dikasihi, ye lah, takkan aku benci. Aku tak benci, cuma mungkin aku tak kenal korang. MUNGKIN OKEY!. Aku dapat offer Universiti Kuala Lumpur dan Management & Science University. Sekarang tengah pening nak pilih mana. Itu baru ada dua offer. Kalau mai 10 lagi offer, tak termuntah aku? Haha. Bukan nak riak ke apa, tapi sebenarnya, kalau kita rajin, lagi banyak banyak banyak banyak banyak banyak offer akan mai kejaq kita. Muahahahhaha.

Actually kan, aku sangat ingin bekerja untuk mengisi masa lapang aku yang semakin entah apa-apa. Haha, sunyi. Jom tengok puisi yang aku hasilkan ni....

Aku terdiam menyepi,
Kota raya ini tidak pernah sunyi,
Biarkan mimpi,
Menjadi realiti,
Semuanya aku tatapi,
Dengan penuh rasa rendah diri,

Aku jadi tak keruan,
Biarkani ia terus menjadi igauan,
Terpuruk di tengah impian.

Impian itu tidak menentu,
Dapat tak mesti yang kita tentu,
Biar usaha kita yang jitu,
Kelak disitu,
Impian tidak lagi menjadi ragu.



P/S : Aku harap banyak lagi yang mari untuk aku. :)

Wednesday, April 03, 2013

Tengok bola bersama seorang MBA!

Jeng jeng jeng. Tengok tajuk pun korang dah tahu apa yang aku nak tulis kan?

Actually aku sangat-sangat happy. Haritu kan da aku cakap yang Chelsea vs Man Utd untuk FA Cup. Untuk match di Old Trafford, stadium Man Utd, match tu berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Aku sangat-sangat gembira bila Chelsea berjaya kejar balik. Sebabnya awal-awal game tu, Chelsea dah kena tinggal 2-0. Nasib baik Hazard masuk dan terus ubah game.

Tapi semalam, lagilah cuak. First time aku keluar dengan orang MBA. Mungkin nilah pertama kali fans MBA Chelsea Sungai Petani baru nak jumpa-jumpa. Dengan jaringan Demba Ba hasil assist dari Mata, Chelsea berjaya menang 1-0.

Cech sangat-sangat hebat ketika itu, dia berjaya save tandukan Chicharito. Tak kisahlah luck atau tidak. Waktu tu, aku rasa gentar gila. Pehhh, kalau gol tu, habis. Ada satu lagi aksi menyelamat menggunakan kaki pun amat-amatlah men'cuak'kan.



P/S : Ini gambar yang sempat dirakam. Insha-Allah, next match, Chelsea FANS akan lagi ramai! Boleh chanting ramai-ramai.

We are MALAYSIAN BLUES ARMY!

Sunday, March 31, 2013

Kemerengan



Kemerengan bukan kemurungan. Aku memang sedikit mereng sedikit di kala ini. Asbestos papadoupoulos thennasolinki aku memang dikotak-katik sejak beberapa minggu lepas. Esok hari bersejarah, hidup tak pernah tentu arah. Sakit hati menjelma lagi, rasa macam f*ck, sorry aku mencarut sebab manusia ada emosi dan perasaan.

Kena tipu bukan satu kejanggalan. Macam bodoh habiskan pitih untuk humaniti yang tak reti bersyukur. Humaniti itu bermain cinta dengan aku dan terus berpura-pura seperti tiada apa-apa. Duri dalam daging babi betul humaniti ini. Tak perlu aku berbicara panjang dah pasal humaniti seperti ini. Mencucuk jiwa aku bagai nak rak. Kaki tipu rupanya. Tahniah.

Kuat membohong walaupun muka nampak suci. Rupanya hanya kaca di kalangan permata. Sudah terburai semua masih mahu bercengkerama. Sila jadi keralah.

P/S : Aku memang dah start benci dia. Tapi kita kena layan manusia dengan penuh rasa kemanusiaan.