Friday, April 26, 2013

Dalam sakit, ada bestnya. :)

Aku kadangkala terfikir. Siapa kita? Apa yang ada di sebalik kita? Kau cuba pegang muka kau, tapi kau itu muka kau, yang menutup diri kau yang sebenar. Siapa kau sebenarnya? Adakah mulut kau? Mulut itu hanya mengatakan apa yang kau arahkan. Kau ada pilihan untuk mengatakan sesuatu atau tidak.

Jadi, siapa kau sebenarnya, kau pegang badan kau, itu hanyalah pelindung kau. Ya, memang kau adalah roh. Sebenarnya, kau pun tak faham apa yang sebenarnya. Kau dilahirkan, membesar, berkawan, belajar dan kemudian bekerja dan berkahwin sehingga tidak mampu lagi untuk bekerja dan seterusnya mati. Itu memang rutin umum kehidupan manusia secara pendek.

Dalam kau dilahirkan, itu bagaimana? Dalam kau membesar itu, bagaimana? Dalam kau berkawan itu, bagaimana? Dalam kau belajar itu, bagaimana? Dalam kau bekerja dan berkahwin itu, bagaimana?

Persoalan itu masih belum benar-benar terjawab kan? Masha-Allah, kadangkala, kau hanya mengikut sahaja rentak apa yang terjadi dalam hidup kau tanpa kau sendiri menyedari bahawa ramai orang dalam komuniti ini yang sedang tersilap langkah dalam kehidupan yang membawa bala bencana kepada kehidupan kau.

Kalau kau rasa kau jahat, tidak. Kau dilahirkan sebagai seorang insan yang Allah tiada beri dosa. Jalan dalam kehidupan ini, kau yang pilih. Jangan sesekali salahkan Tuhan dalam hal ini. Namun, ketika kau tersilap itu, bukan tiada langkah untuk keluar dari kebinasaan itu. Cuma diri itu masih jahil tak mengenal Tuhan mahu agama. Kitab suci Al-Quran, Kitab Tripitaka, Kitab Bible, mahupun apapun kitab di dunia ini mengajarkan penganutnya untuk mengajak ke arah kebaikan.

Malahan Gautama Buddha sendiri bertapa untuk mencari kebenaran kerana melihat sistem kasta yang tidak mengamalkan ketidak adilan.
Manusia kini semakin berada tahap depresi yang tinggi. Mereka tidak mengenali diri sendiri. Tiada tujuan kehidupan, bila hilang arah, tiada tempat mahu bergantung. Akhirnya, demi maruah, bunuh diri jalan terakhir. Kau jangan pernah buat macam itu. Itu jalan orang sakit jiwa.

Tensi adalah sebuah penyakit. Kau akan rasa sakit bila kau rasa tensi. Semua jenis penyakit kau akan rasa. Cuma yang membezakan, kau mampu atau tidak mampu tangani tensi itu. Rasa tensi itu akan hadir ketika kau rasa sangat terbeban. Tetapi itu akan hadir dengan iringan kejayaan. Kalau kau takut untuk tensi dan hadapi stres, atau kau tak pernah rasa kegagalan terpuruk di atas bahu kau, kau takkan dapat genggam kejayaan besar melainkan sisa-sisa kejayaan orang lain.

P/S: Aku pun tak kenal diri aku lagi. Tak sampai serukah?