Tuesday, June 09, 2015

Kembara ke Eropah, bumi Amsterdam & Northwest Germany [Bahagian 1]

Assalamualaikum guys. Alhamdulillah, hampir 1 tahun 5 bulan aku tak menulis apa-apa pun di blog ini. Seriously, lately memang aku gile travel. Sebelum ini ye lah, tak berapa berduit. Paling kuat pun pergi Singapore, itu pun ikut ayah meeting.

Alhamdulillah, aku sebenarnya saja nak throwback sepanjang perjalanan aku di Eropah buat pertama kali. Yang mana aku melalui aku punya rezeki untuk dihantar berkursus di sana dengan abang aku bersama salah seorang lagi staff syarikat ayah aku di syarikat bernama Flowserve GESTRA AG, yang mana merupakan pengeluar steam trap paling utama di Jerman khasnya.

Aku punyalah excited di Malaysia, ya lah, tak pernah ke Eropah kan, setelah hampir 19 tahun hidup di Malaysia dan sekali dua ke Singapura dan Indonesia, baru aku dapat merasa untuk ke Eropah. Jadi, perjalanan aku dijadualkan bergerak ke Eropah pada hari Sabtu (18 Oktober 2014), jam 11.55 malam menaiki syarikat penerbangan Malaysia Airlines, penerbangan terus ke Amsterdam.


Hari 1 (19 Oktober 2014, Ahad)

Kami sampai di Amsterdam Schiphol International Airport pada jam 7.30 pagi rasanya, sangat mengujakan setelah 12 hingga 13 jam lebih perjalanan ke Amsterdam. Abi berpesan yang mungkin pada hari ini pekerja-pekerja keretapi antarabangsa sebagai contoh Belanda ke Jerman akan membuat mogok, jadi amat sukar lah untuk kami bergerak secara terus dari Amsterdam ke Bremen.

Sangat panik pada ketika itu, dan kami semua mencari idea sama ada untuk menaiki bas, keretapi atau menyewa kereta sahaja. Sewa kereta adalah jalan terakhir disebabkan pemanduan left hand drive, kemudiannya, jalan pun kami tak tahu di sana. Kami mengambil keputusan untuk mengambil keretapi NS International dari Amsterdam Centraal ke Bad Bentheim, dan dari Bad Bentheim, kami akan mengambil kereta api ke Bremen melalui Osnabruck.

Jadi keretapi kami bertolak pada jam 11 pagi, kami masih ada kurang lebih 2 jam. Dahlah dekat negara orang, Kak Su tu pun dulu sampai Amsterdam dan pusing Amsterdam je disebabkan meeting kat Amsterdam. Aku dan Along lagilah memang 'my first time' di Eropah khususnya.

Perjalanan dari Amsterdam ke Bad Bentheim lebih kurang 2 jam, keretapi pulak memang takde wifi, lagilah mengantuk tak tahu nak buat apa dalam train. Alhamdulillah, sampai Bad Bentheim kami terpaksa pulak naik keretapi lompat-lompat nama dia WestfalenBahn macam KTM Komuter tu selama 45 minit camtu lah gamaknya untuk sampai ke stesen Osnabruck Hbf. Sampai pulak di Osnabruck Hbf baru boleh naik keretapi DB Bahn yang quite popular tu dari Osnabruck Hbf ke Bremen Hbf lebih kurang 1 jam lagi. Kami akhirnya sampai ke Bremen Hbf pada jam 5.10 petang waktu tempatan.

Sampai jugak di Bremen, kami hanya perlu berjalan dari stesen keretapi ke hotel Maritime Bremen kurang lebih 500 meter sahaja.


Hari 2 (20 Oktober 2014, Isnin)

Setelah hari yang sangat memenatkan semalam, aku dan Along terjaga awal, kemudian kenal dengan seorang bro Singapore, nama dia Aidil, memula aku ingat dia Chinese, rupanya Melayu dan loghat dia macam loghat Johor sikit tapi lebih baku. So, dari hotel ke tempat kursus (yakni kilang GESTRA AG), kami dijemput dengan teksi, cuaca tak berapa sejuk, dalam 14 degree celcius sahaja. Itu pun pagi bangun dan berlagak macam sejuk gila. Haha.


Aku sampai dengan aku rasa aku seorang sahaja yang merupakan masih lagi siswazah menuntut diploma bhai, garu kepala juga seminar tu dengan trainer-nya, Heiner tu cakap English pun pelat Jerman lagi, nasib baik apa yang aku belajar di German-Malaysian Institute sangat membantu. Hari pertama ni masih ringan lagi.

Aku pun ada tegur seorang dua lelaki Arab, tapi Arab yang dari Qatar ni jenis sombong sikit at the first time. Aku macam biasa, Melayu lepak dengan geng Melayu lah, aku pulak dalam seminar room tu memang duduk sebelah Kak Su, Kak Su pun banyak tanya aku jugak pasal steam ni, mementang la dia tau aku belajar Process, tapi memang fokus jugak lah dalam tu walaupun agak susah. Training pada hari itu bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

Malamnya, kami dijemput untuk pusing-pusing di sekitar bandar Bremen dan dibelanja makan oleh syarikat GESTRA AG.


Memang terbaik lah makanan malam itu, restoran Turki nama Tendure yang merupakan specialist makanan Anatolia. Balik je bilik, lepak sekejap dan terus tidur, memang sangat mudah tertidur di dalam hotel.


Hari 3 (21 Oktober 2014, Selasa)

Hari ini hanya melawat kilang GESTRA AG tapi sayangnya satu gambar pun tak dibenarkan ambil atas sebab-sebab keselamatan, jadi aku patuhlah dengan arahan itu. Orang Jerman ni straightforward sedikit, kalau kata tak boleh, memang tak bolehlah. Jangan haraplah.

Malamnya hanya makan dan lepak dengan Along, Aidil dan Kak Su, kami juga membeli sedikit cenderahati untuk kerabat di Malaysia dan Singapura. Pada masa yang sama, kami ada jugak plan untuk tengok bola pada hujung minggu tersebut, perlawanan Bundesliga antara Werder Bremen dan FC Koln yang berlangsung di Weserstadion, Bremen. Aku pun bagi idea pada hari Sabtu tu untuk berjalan dari Bremen ke Wolfsburg untuk melihat bandar kilang Volkswagen. Semua pun bersetuju untuk beli tiket keretapi yang agak murah sekitar 40 Euro sahaja bagi 4 orang bagi tiket pergi balik.

Banyak berjalan di malam hari pusing-pusing tengok funfair yang ada dekat dengan hotel kami.


Hari 4 (22 Oktober 2014, Rabu)

Kepala makin berat dengan banyaknya topik-topik yang kritikal pasal Steam Management ni, aku terpaksa hadamkan jugak. Dengan sebaik mungkin, aku beberapa kali jugak bertanyakan soalan pasal topik-topik yang tersebut. Kebanyakkannya pasal product, kenapa itu, kenapa macam ni, kenapa kena kira macam ni.

Antara contoh keratan rentas produk tersebut. Apa-apappun, gambar aku mesti kena ambik jugak kan? Haha.


Hari 5 (23 Oktober 2014, Khamis)

Hari ini merupakan hari terakhir berkursus di GESTRA AG. Agak sedih untuk berpisah dengan kebanyakkan orang, aku teringin nak mengorat seorang perempuan Poland ni nama dia Aleksandra Patejuk tapi tak kisah sangat lah sebab dia minah saleh kan, mana layan Melayu macam aku. Jadi, di akhir kursus ini, aku dapatlah sijil yang aku pun tak rasa aku deserve dapat tapi syukur Alhamdulillah, tamat jugak seminar di GESTRA Akademie ni.


Jadi, pada malamnya pun kami lepak-lepak pusing sepanjang Bremen sambil aku tolong Aidil beli tiket bola online. Aku dan Along dah pun beli masa di Malaysia lagi sebab aku dah plan yang aku memang datang sini mesti wajib tengok bola.


Hari 6 (24 Oktober 2014, Jumaat)

Pagi ini, aku, Along dan Kak Su bergerak dengan seawal jam 7.00 pagi ke Bremen Hbf, suasana yang sangat bersih sepanjang perjalanan dari hotel ke stesen keretapi walaupun pada malam sebelumnya ada funfair. Kami ada office visit di pekan Celle, yang mana merupakan satu lagi syarikat yang mempunyai urusan dengan syarikat keluarga aku. Keretapi dari Bremen Hbf ke Celle Hbf dengan pertukaran di Hannover Hbf lebih kurang 60 Euro seorang.

Kami akhirnya sampai di Hannover pada jam 8.44 pagi. Kami hanya sampai di Celle Hbf pada jam 9.45 pagi, dan apabila kami keluar dari keretapi, kami terus ternampak seseorang memegang kadbod bernama 'Tiara', kami pun terus mendekati lelaki yang berusia lebih kurang 50-an tersebut, dan dia tersenyum memandang ke arah kami dan mendekati kami dan terus menghulurkan tangannya untuk handshake bersama kami bertiga.

Along yang banyak berbual dengan lelaki tersebut yang bernama Thomas, aku dan Kak Su hanya diam sahaja di belakang, lebih menikmati pemandangan di sekitar kawasan pekan Celle yang berpopulasi 72 ribu penduduk itu.

Akhirnya sampai juga di Celle Hbf.

Di syarikat tersebut.

Akhirnya sampai juga setelah kurang lebih 30 minit perjalanan dari Celle di kawasan syarikat tersebut. Syarikat yang telah lama bertapak di pekan Celle dan berpindah jauh sedikit daripada pekan Celle itu. Aku, Along dan Kak Su pun masuk ke dalam bilik mesyuarat yang disediakan dan Thomas membuat sedikit presentation mengenai produk dan beberapa perkara berbangkit mengenai urusan syarikat.

Kami dibawa makan tengah hari di sebuah restoran terkemuka di pekan Celle, ingat-ingat lupa nama restoran itu. Aku, Along dan Kak Su mengambil langkah untuk mengatakan yang kami adalah vegetarian dan sekurang-kurangnya mengambil hati mereka dengan memakan pasta cheese di sana. Kami juga berjumpa dengan boss besar company tersebut bernama Carsten yang turut menyertai makan tengahari kami.

Tamat sudah perjumpaan selama 4 jam kami.

Kami berkejaran juga di setiap stesen keretapi yang kami naiki, berlari lari juga dari satu tempat ke satu tempat disebabkan perlawanan bolasepak yang akan mula pada jam 8.30 malam. Kami sampai di Bremen pada jam 5.30 petang dan aku terus menghantar mesej Whatapps kepada Aidil agar cepat bersiap agar tak terlewat. Kami berjanji untuk berjumpa di lobi hotel pada jam 6.30 petang.

Berjumpa di lobi hotel, kami terus mengambil keputusan untuk naik teksi agar tak tersesat. Teksi sampai pada jam 6.45 petang dan kami sampai di stadium pada jam 7.00 malam.

Bersama Aidil.
Tiket kami, kami duduk berjauhan dengan Aidil sebab dah tak ada tempat di sekitar tempat duduk kami.

Aksi ketika perlawanan.

SV Werder Bremen kalah 0-1 kepada FC Koln pada malam itu. Semua penyokong Werder Bremen kelihatan sangat kecewa dan marah dengan taktikal yang diterapkan oleh pengurus mereka, Robin Dutt. Aku juga sedikit kecewa dengan kekalahan itu. Aku, Aidil dan Along mengambil keputusan untuk berjalan dari stadium ke hotel dan kami sempat singgah makan sebentar.

Kami juga terpaksa melalui stesen keretapi yang mana penuh dengan manusia yang bersuka ria. Bunyi botol bir yang pecah kedengaran di sana sini. Cuak tak payah ceritalah, dengan takut duit kena curi lagi. Alhamdulillah, kami sampai ke hotel dengan selamat.

Nantikan bahagian kedua yang lebih menarik di Wolfsburg dan Amsterdam.