Sunday, March 31, 2013

Kemerengan



Kemerengan bukan kemurungan. Aku memang sedikit mereng sedikit di kala ini. Asbestos papadoupoulos thennasolinki aku memang dikotak-katik sejak beberapa minggu lepas. Esok hari bersejarah, hidup tak pernah tentu arah. Sakit hati menjelma lagi, rasa macam f*ck, sorry aku mencarut sebab manusia ada emosi dan perasaan.

Kena tipu bukan satu kejanggalan. Macam bodoh habiskan pitih untuk humaniti yang tak reti bersyukur. Humaniti itu bermain cinta dengan aku dan terus berpura-pura seperti tiada apa-apa. Duri dalam daging babi betul humaniti ini. Tak perlu aku berbicara panjang dah pasal humaniti seperti ini. Mencucuk jiwa aku bagai nak rak. Kaki tipu rupanya. Tahniah.

Kuat membohong walaupun muka nampak suci. Rupanya hanya kaca di kalangan permata. Sudah terburai semua masih mahu bercengkerama. Sila jadi keralah.

P/S : Aku memang dah start benci dia. Tapi kita kena layan manusia dengan penuh rasa kemanusiaan.

Friday, March 22, 2013

Tidak Sedih!

Apa pandang-pandang? Menunggu sesuatulah tu. Aku takkan pernah beritahu apa keputusan yang dapat. :) Hey, ini normaliti alam. Siapa nak beritahu result mereka melainkan mereka-mereka itu mendapat yang terbaik. Hanya keluarga dan rakan-rakan yang tahu. Kawan-kawan aku dapat bagus. Takpa, aku tak kisah. Aku tahu usaha diorang macam mana untuk dapat yang terbaik. Sepuluh kali ganda dari aku kot.

Sebelum ambik SPM kan, aku tersedar, kenapalah aku tak boleh nak usaha lebih dulu? Kenapalah aku selalu main-main dulu? Kenapa dan kenapa? Normaliti la. Ada manusia dah tersedar lebih awal dari aku dan aku sedikit lambat. Aku teringat lagi, Ustat (ni bukak Ustaz ye tapi ini nickname kepada Dzulhakim, Ketua Badar MRSM Merbok yang sama batch dengan aku), waktu tu Ustat tanya....

"Woi Che Wan, hang buat apa tu?" tanya beliau.

"Aku tengah lukis peta ni. Boring lah malam ni," jawab aku.

"Woi...., esok exam BI, hang tak baca buku ka?" tanya dia.

"Ooo, takpalah. Kalau hang nak baca, hang baca ja la," jawab aku balik.

Nampak tak kebodohsombongan aku waktu tu. Ketidakstabilan emosi aku terserlah. Waktu orang prep nak study, aku prep nak tido. Memang aku salahkan diri aku semata-mata dalam hal ini. Kini, aku tersedar. Ya, aku memang perlu membawa perubahan dari segi sikap kedalam diri aku. Kebaikan ini bakal menjamin hidup aku sendiri.



Semua doakan aku akan buat yang terbaik dalam hidup aku. Opportunity everywhere, hanya kita perlu memilih yang terbaik untuk kita.

P/S : Dia dapat straight A's.

Friday, March 15, 2013

Nak amik result doe!

Assalamualaikum,

Sorry guys, dah lama sangat tak update blog. Orang busy la katakan. Takde masas sangat nak update. Ceh, dulu masa awal-awal buat blog, hari-hari update. Kahkah. Ni post aku yang kesepuluh setelah sepuluh hari aku tak update blog aku.

Sepanjang beberapa hari aku meninggalkan dunia blog ni, macam-macam aku buat. Aku belajar loghat Sabah. Sila search di FB pages SABAHAN TROLL kalau nak belajar loghat Sabah. Memang best. Hahaha, sampai kawan aku (orang Sabah) pun terkejut aku boleh cakap sikit-sikit bila chat ngan dia.

Hari ni dah 15 Mac. 21 Mac ni, aku nak ambil result SPM. Tolonglah doakan aku ye. Aku pun sentiasa doakan kawan-kawan aku In sha Allah. For your info, aku dah turun berat badan sebanyak 4 kg. Cehhhhhh, itu pun nak habaq. Aku gembira. Aku jarang makan nasi sekarang ni. Makan roti je kerja aku.

K, In sha Allah, ada masa aku update. Takde masa pun aku akan cuba update.

Assalamualaikum.



P/S: Doakan aku dapat yang terbaik, puhleasssseeeee.

Tuesday, March 05, 2013

Kekalerfulan.

Assalamualaikum, hye semua!

Hari ni aku nak cerita lagi. Haha. Sikit je. Tak banyak macam selalu. Hidup ni perlu selalu ceria. Colourful. Aku dalam proses untuk menurunkan berat badan. Tadi aku keluar ngan Aiman Aizuddin (ni nama FB dia, masih macho dan hensem daripada aku). Tak sempat nak snap gambar. Aku ada beli baju tadi. Kat FOS satu dan dengan Cotton On satu. Ala, beli yang paling murah je. Tu pun lingkup duit ayah aku. Thanks Abi, sebab kasi duit.

Hidup perlu sentiasa ceria kan? Hayati lyrics lagu ni. Penyanyinya ACE OF BASE dan tajuk lagunya ialah BEAUTIFUL LIFE, kalau nak dengar, sila buka YouTube dan search sendiri. Saya sangat malas nak masukkan video dalam blog atau saya memang tak reti.



BEAUTIFUL LIFE by Ace Of Base

You can do what you want just seize the day
What you're doing tomorrow's gonna come your way
Don't you ever consider givin' up, you will find, oooh

It's a beautiful life, oh oh ooo
It's a beautiful life, oh oh ooo
It's a beautiful life, oh oh ooo
I just wanna be here beside you
And stay until the break of dawn

Take a walk in the park when you feel down
There's so many things there
That's gonna lift you up
See the nature in bloom a laughing child
Such a dream, oooh

It's a beautiful life, oh oh ooo
It's a beautiful life, oh oh ooo
It's a beautiful life, oh oh ooo
I just wanna be here beside you
I just wanna be here beside you
And stay until the break of dawn

You're looking for somewhere to belong
You're standing all alone
For someone to guide you on your way
Now and Forever

It's a beautiful life, oh oh ooo
It's a beautiful life, oh oh ooo
It's a beautiful life, oh oh ooo
I just wanna be anybody

Living in different ways
It's a beautiful life
I'm gonna take you to a place I've never been
Before oh yeah
It's a beautiful life
I'm gonna take you in my arms and fly away
With you tonight

It's a beautiful life, oooh
It's a beautiful life, oooh

It's a beautiful life, oooh
It's a beautiful life, oooh
It's a beautiful life, oooh
It's a beautiful life

Aku BUTA IT sedikit, masih perlukan pelajaran.

Enjoy your life! Bye, ASSALAMUALAIKUM.

Monday, March 04, 2013

Koleksi Rekod



I take too long to answer telephones
I take too long to type my name and record messages
But my handwriting is excellent
In fact it's second to none, none

I just got in from somewhere really good
They offered me the part of Bono
And a speaking role
With all the merchandice and sunglasses
I could ever need, need

I drive round cities in a chariot
I get prefential treatment at the Marriot
But if the truth be told I'm naked under all these clothes

I tell you what it is on my mind
I only want to be in your record collection
I only want to be in your record collection
And I'll do anything it takes just to get there

My brain is buzzing and the room is strange
Like that scene in a trading places at the stock exchange
I made a million over night in '87
Now I'm living in my parking space, parking space

My teeth are bright and my hair is clean
I wear Paco Rabanne like I was Charlie Sheen
But in the rain we all look wet and in the snow we all look cold

I tell you what it is on my mind
I only want to be in your record collection
I only want to be in your record collection
And I'll do anything it takes just to get there

Discusted by all the flashness I think I'm a don
They think I'm an actor but I catch this
My two needs are a pillow and a matress
Once I can fill up the space with a famous actress
Give me a mil, I'll do a DJ set
I pull spickey green like a cactus
Show off, egos high you can't match this
Chauvinastic pig money mans tactics

I'm not as clever as I thought I was
It got pointed out to me as I was tying the knot
And all I want to know is how I got so far down, down

I'm not as lucky as I thought I was
My luck ran out they other day as I was crossing the road
Who would have thought a truck like that
Could have caused so much...

I tell you what it is on my mind
I only want to be in your record collection
I only want to be in your record collection
And I'll do anything it takes just to get there

Aku tetap layan lagu camni walau LIVE dia teruk gila. Haha.

Sunday, March 03, 2013

Dream on, Che Wan.

Tick tock, tick tock, tick tock.

Saban hari saban waktu, aku semakin gemuk. Hahaha, makin gemuk doh. Peduli apa aku? Hahaha, tak tak, aku harus peduli akan kondisi aku ni. Takut bila terlampau gemuk, aku akan menjadi kurang sihat. Argh, bila gemuk bermaksud kurang sihat. Tapi kalau korang kurus pun, jangan bajet korang sihat.

Bila tadi aku sembang-sembang tadi ngan ayah aku ngan abang aku, ada je orang kurus boleh meninggal dunia walaupun kita nampak orang tu macam fit gila. Tapi semua tu penyebab je untuk ajal kita. Semua tu tetap menjadi rahsia Allah. Aku dah mulakan Ops Kurus. Hahaha, aku namakan sebagai 'Ops Kurus' sebab aku tetap nak kurangkan berat sebanyak 15 kilogram dalam masa 3 bulan. Insya-Allah, kalau kita nekad semuanya akan berjaya kan?



Dapat macam ni pun cukuplah. Muehehehehe, pergh pergh.

P/S: Dulu aku tak suka makan, tapi sekarang ni pantang nampak makanan aku ngap.

Friday, March 01, 2013

Pray For Sabah!

Assalamualaikum, sebelum itu mari bersama-sama membacakan Al-Fatihah kepada perajurit negara yang terkorban dalam 'Krisis Lahad Datu'. Aku juga berharap agar rakyat Malaysia tidak berhenti membacakan doa supaya keselamatan rakyat Sabah terjamin.



Krisis ini berlaku kira-kira 3 minggu yang lepas apa bila penceroboh yang merupakan adik Sultan Sulu yang memerintah Kerajaan Sulu bersama-sama beberapa ratus orang lagi dan kira-kira 150 orang penceroboh bersenjata mencerobohi tanah Malaysia di Kampung Tanduo dan kawasan hutan sekitarnya.

Mereka ini datang tidak diundang semata-mata mahu menuntut separuh daripada tanah Sabah untuk dijadikan wilayah pemerintahanlah kononnya. Aku juga akan pelik kenapa diorang semudah itu terlepas dari Filipina ke Malaysia dengan mudah bersama senjata-senjata berat?.

Kepada mana-mana orang Sabah yang membaca blog aku, maafkan aku, aku tidak mampu membantu dari segi fizikal dan aku juga mungkin tidak mampu untuk memahami perasaan korang semua yang begitu risaukan segala-galanya. Mungkin korang sedikit tertekan namun yakinlah, kami rakyat Malaysia dari negeri lain sentiasa mendoakan keselamatan negeri korang. Jangan berputus asa berdoa. Insya-Allah.



Tapi bagi aku, cara yang Kesultanan Sulu ni buat, cara lanun. DATANG DAN RAMPAS! Rakyat Malaysia rata-rata hari ini juga mempersoalkan kenapa mudah sangat terlepas penceroboh Sulu tersebut? Walaupun aku tidak ada keluarga di Sabah namun saudara seagamaku ada di sana, saudara sebangsaku ada di sana. Kita sama-sama rakyat Malaysia jom teruskan berdoa supaya pencerobohan ini cepat terhapus dari bumi Malaysia yang berdaulat ini.



Aku percaya ATM pasti akan menyelesaikan masalah ini demi keselamatan rakyat Malaysia dan negeri Sabah secara khususnya. Aku sentiasa percaya abang-abang Komando dan abang-abang Infrantri akan membuat yang terbaik demi tanah berdaulat, bumi Malaysia tercinta.

Always pray for SABAH! Insya-Allah. Ini kalilah!

Assalamualaikum.

Randomisme

Hey hey hey. Assalamualaikum.

Apa habaq? Baik ka? Hangpa sihat ka? Cey cey, kes aku boring hari ni sebab nothing to do hari ni. So aku tulis benda yang random. Hahaha. RANDOMLAH! Bukan mandom. Wokey.

Korang rasa apa yang aku nak tulis? Memang aku takda tujuan nak tulis apa-apa hari ni tapi hari ni hari Jumaat. Esok Hari Sabtu! YEAY! Aku pergi Gold Coast. Sat sat, apa? Gold Coast, Australia? No way, aku pergi Gold Coast Morib je. Family Day Korangdimana syarikat bapa aku bekerja.

Zam zam ala kazam. Korang tak rasa teringin nak terbang di langit tanpa menggunakan kapal terbang ke? Cuba korang fikir, korang mesti rasa happy kan kalau dapat terbang macam burung, angin dapat, kalau nak pergi mana-mana pun cepat, takpayah nak fikir panjang-panjang, terus terbang. Shit. Apa benda aku tulis ni? Haha, random. Biasalah.

Korang pernah duduk hostel tak? Hostel ni best, dapat kawan. Dua tiga minggu pertama memang kau rasa macam nak hempuk-hempuk je semua benda yang ada kat asrama tu, tapi, bila dah 2 tahun, kau rasa sayang je nak tinggalkan asrama. Sekolah memang penat, tapi bila balik asrama, kita rasa happy sebab dapat lepak ngan kawan-kawan kita. Sembang-sembang kosong. Macam-macam lagi. Sampai benda yang korang terfikir korang takkan buat, korang dah buat rupanya. Kantoi sama-sama. Siapa tu? Hahaha. Diamlah. Bluekkk. :P



Ni gambar aku dan rakan-rakan masa di MAKTAB RENDAH SAINS MARA MERBOK, KEDAH dulu. Diorang ni happening gila.

Thanks kawan-kawan, korang memang sahabat.

Assalamualaikum.