Wednesday, September 02, 2015

Kembara ke Eropah, bumi Amsterdam & Northwest Germany [Bahagian 2]

Assalamualaikum sekali lagi. Alhamdulillah, bertemu kembali kita di blog aku untuk bahagian kedua yang mana aku menjanjikan untuk menulis tentang pengalaman aku di Wolfsburg dan Amsterdam yang lebih gila. Kepada yang masih belum membaca bahagian pertama, dipersilakan terlebih dahulu.

Hari 7 (25 Oktober 2014, Sabtu)

Yakni pada hari ini kami bersiap awal pagi juga. Aku, Along, Aidil dan Kak Su berjumpa di kafeteria hotel dan menyegerakan sarapan kami kerana kami harus mengejar keretapi ke Wolfsburg yang berangkat pada jam 7.18 pagi.

Tiket sudah pun dibeli beberapa hari lebih awal dengan harga hanya 40 Euro untuk empat orang. Maksudnya hanya kurang lebih 10 Euro seorang untuk perjalanan yang memakan lebih kurang 215 km itu untuk perjalanan pergi-balik.

Kami segera naik ke coach RE atau Regional Express yang mengambil masa perjalanan 1 jam 20 minit ke Hannover Hbf, yang mana kami perlu transit dan menunggu 8 minit untuk naik ke coach RE ke Wolfsburg Hbf.

Sedang di mana kami bersembang-sembang antara kami mengenai beberapa perkara ketika kami masih di dalam coach antara Bremen ke Hannover, coach itu berhenti di beberapa stesen kecil. Ketika kami berhenti di stesen Doeverden kalau tak salah, ada beberapa muda-mudi Jerman yang duduk di sebelah kawasan tempat duduk kami.

Kami berbual perkara yang biasa sahaja namun mungkin kereta mereka melihat salah seorang daripada kami iaitu Kak Su memakai tudung di kepalanya, jadi mereka menganggap kami adalah ekstremis (untuk pengetahuan pembaca, sebulan selepas aku pulang dari Eropah ketika ini, memang ada fahaman anti-Islam yang terjadi di Dresden terutamanya).

Sampai satu saat, ada salah seorang pemuda itu bercakap dengan agak kuat.

"You all talk to loud, I feel pain in my ears," kata pemuda itu dengan slanga Jerman.

"Sorry?" aku menjawab dengan sopan.

"You are all foreigner, when you come to Deutschland, speak Deutsch, learn Deutsch," kata lelaki Jerman itu.

"Es tut meir leid , wir sind touristen, (Sorry, we are tourist.)," aku menjawab bagi pihak kami, orang Melayu.

"Ja, ich weiss, (Yes, I know.)," mereka membalas lalu ketawa terbahak-bahak.

Sepanjang perjalanan itu, mereka seolah-olah mengejek kami. Alhamdulillah, pada stesen Wunstorf, mereka akhirnya turun.

"Have a good day, TOURISTS!" jerit salah seorang dari mereka sambil terbahak-bahak.

Setiap seorang daripada kami memang merasa sangat marah dengan perbuatan mereka. Namun apakan daya, berada di negara orang, biarlah apa orang nak buat, asalkan kita tak didakwa atas kesalahan jenayah. Ia sedikit sebanyak menganggu mood aku untuk berjalan-jalan di tempat orang. Bayangkan selama beberapa hari di Jerman, kami tak pernah diherdik sebegini rupa.


Sampai juga di Wolfsburg, bandar Volkswagen.

Kami sampai di Wolfsburg pada jam 9.30 pagi. Stesen kereta api utama di Wolfsburg nampak memang lebih kecil daripada yang ada di Bremen dan Hannover.

Keluar sahaja dari Wolfsburg Hbf, terus kami berjalan ke Autostadt yang terletak di seberang sungai.


Pemandangan di Mittelland Canal di Wolfsburg.

Setelah sampai di Autostadt, kami mencari-cari kaunter tiket untuk membeli tiket masuk, sayangnya harga tiket agak mahal dengan bajet kami yang sangat terhad. 15 Euro seorang boleh dikatakan agak membazir pada ketika itu. Jadi, kami teruskan perjalanan ke Volkswagen Arena, tempat di mana VfL Wolfsburg bermain.


Beberapa gambar di Volkswagen Arena.

Malangnya bagi kami pada hari tersebut, stadium itu juga tutup dan kami tak boleh masuk untuk stadium tour, aku agak kecewa tapi biasalah, dah orang tak buka nak mengada-ngada mengamuk tak tentu pasal, apahal kan?

Jadi, kami meneruskan dengan berjalan-jalan di sekitar dan kami sampai di sebuah restoran McD, masing-masing hanya order yang kami rasa halal makan, kalau ikut aku memang nak rembat je makan Double Cheese Burger ke apa, tapi baru teringat yang sini bukan Malaysia. Hahaha.

Aku pun terus order filet-O-Fish manakala Kak Su, Aidil dan Along pun dengan order masing-masing, setelah itu, kami pun ke seberang jalan, dan kami ternampak Auto-Museum (Muzium Kereta Volkswagen).

Kami membayar 6 Euro setiap seorang untuk masuk dan melihat generasi kereta Volkswagen.


Generasi kereta Golf.

Gambar di atas merupakan serba sedikit suasana di dalam muzium kereta itu, tiada apa-apa selain kereta, kereta dan KERETA!! Nampaknya, rakyat Jerman sangat obses dengan kereta, Setelah hampir sejam berpusing-pusing di dalam dan bergambar di dalam muzium, kami pun keluar dan berjalan lagi.

Wah, Designer Outlet Store Wolfsburg, sangat menarik, Kami pun singgah sebentar di kedai-kedai outlet store yang ada di situ, antaranya Timberland, Puma, Adidas (of course, Jerman kan!), dan ada beberapa jenama lain yang aku rasa masih belum ada di Malaysia. 

Bayangkan, t-shirt Timberland yang kalau di Malaysia biasanya berharga RM80-RM120, hanya berharga 7 Euro (RM28), malah pelbagai lagi jualan murah clearance summer stock disebabkan pada waktu itu semakin hampir dengan winter.

Aku duduk diam melihat dan baru tersedar aku sedang memandang parking lot yang sangat banyak kereta, malah BMW z4 pun diletakkan atas lumpur tanah merah, saya cuba untuk meradang tapi saya sedar, harga BMW z4 di sana pun tidak melebihi 80k Euro, masih murah bagi mereka rakyat Jerman. Malah, kereta Mercedes-Benz pun hanya dijadikan kereta bagi latihan memandu.

Parking lot di Wolfsburg Designer Outlet.

Jam 6.30 petang, kami pun bergerak pulang ke Bremen kembali sebab dah bosan tak tahu apa nak buat di Wolfsburg. Keindahan Wolfsburg memang takkan pernah dilupakan dan fakta yang menunjukkan 95% penduduk Wolfsburg memakai kereta Volkswagen memang benar-sebenar-benarnya.

Malam itu, kami masing-masing mengemas barang-barang kami kerana pada keesokkan harinya kami akan bertolak kembali ke Amsterdam. Mengujakan! Kota seks dan kota ganja!

Hari 8 (26 Oktober 2014, Ahad)

Hari ini hari yang menyedihkan, terutamanya aku sebab terpaksa berpisah dengan kawan baru aku, Ahmad Aidil yang muka Cina sikit ni, tapi dalam diam, aku terasa sedikit happy, mungkin telah tiba masanya aku untuk merasa ganja yang digembar-gemburkan sebagai SUPER POWER tu!

Kami bergerak dari Bremen pada jam 12.50 tengah hari dan akhirnya sampai di Amsterdam Schiphol pada jam 4.30 petang, dan lebih kurang 1 jam menunggu shuttle bus, akhirnya dalam jam 6, kami sampai di Hoofddorp, dan kami check-in ke dalam hotel kami.

Antara pemandangan di stesen Hilversum, semakin dengan dekat Amsterdam (semasa perjalanan Bremen - Amsterdam)


Masing-masing penat dan terus berada di alam fantasi, selekas mungkin.

Hari 9 (27 Oktober 2014, Isnin)

Aku terjaga awal, dan terus kejut Along bangun dari tidur, errr Kak Su pulak, aku tak pasti sebab dia di bilik lain, dan event yang harus kami pergi hanya akan bermula pada hari Selasa dan Rabu, kami pun terus memikirkan ke mana mahu pergi.

Aku mula membuah idea kepada Kak Su dan Along untuk berjalan di sekitar city centre sudah pasti ketika breakfast. Breakfast macam biasa, roti, telur dan jus sahaja. Kalau duduk sana 2 tahun, memang kurus aku, tak tipu.

Usai breakfast, kami terus ke shuttle bus dan dia pun menghantar kami ke Schiphol Airport, yang mana ada stesen kereta api bawah tanah untuk ke Amsterdam Centraal.

Setelah sampai di city centre, berkumandang lagu Boom Clap nyanyian Charli XCX dalam kepala aku yang mana aku tonton di dalam filem The Fault in Our Star, tak pernah menyangka yang aku akan turut berada di sana dengan selekas ini.

Amsterdam Centraal


Red Light District pada waktu siang.


Beberapa pemandangan di Amsterdam.

Aku pun apa lagi, berpusing-pusing mencari cenderahati untuk dibawa pulang dan mengambil gambar dan sebegainya, mencuba Gouda Cheese dan sebagainya. Pada satu ketika, aku menyuarakan hasrat untuk pergi ke stadium Ajax Amsterdam, antara bekas pasukan terbaik di Eropah.

Along dan  bersetuju dan kami pun bergerak ke Tourist Information Centre (Amsterdam sangat banyak mempunyai tourist centre-nya) dan bertanyakan mengenai 'Stadium Tour' kepada seorang perempuan Belanda yang sangat comel mukanya.

Dia membantu kami dengan baik sekali malah memberi kami 10% diskaun kerana kami membeli daripada tourist center di situ dengan harga hanya 12.50 Euro. Kami segera kembali ke Amsterdam Centraal dan menggunakan Amsterdam Metro (MRT gaya Amsterdam) untuk ke stesen Amsterdam Biljmers Arena, dalam 15 minit kemudian kami sampai.

Aku memerhatikan di dalam Amsterdam Metro tadi, baru aku mula perasan yang Amsterdam Metro ini terdapat pelbagai gaya dan pelbagai jenis fesyen dan perangai anak muda Amsterdam yang sangat bebas.

Setelah sampai di situ, kami segera seolah-olah berlari-lari untuk ke stadium.
Tiket stadium tour pun seperti tiket perlawananan!

Pemandangan di halaman stadium.

Bilik persalinan pemain, kami tak dibenarkan masuk disebabkan masih ada barangan pemain di dalam bilik itu.

We are AJAX!

Bergambar di seat VIP, boleh merasakan pengalaman seolah-olah menonton perlawanan.


Aku bergambar di kerusi pengurus di dalam press room.

Stadium yang sangat mengujakan, malah membuatkan aku tertarik untuk memahami bagaimanakah perniagaan bolasepak dilakukan di sini. Kami mengakhiri hari kami dengan makan di sebuah kedai Arab di Amsterdam Centraal, dan di situ juga turut mempunyai surau dan sejadah. Inilah dikatakan, kita masih boleh lihat Islam walaupun di mana kita berada.

Hari 10 (28 Oktober 2014, Selasa)

Aku tetap bangun awal pada hari ini, setelah usai mandi dan solat subuh, aku pun breakfast dan aku menyatakan aku tidak mahu pergi ke exhibition yang akan diadakan di Amsterdam RAI itu, aku cuma menyatakan aku sedikit kurang sihat dan perlu sedikit rehat sebelum pulang keesokkan harinya.

Along hanya menyatakan jika mahu kemana-mana, jangan lupa bawa kunci bilik dalam sebagainya. Aku berehat di bilik hingga jam 9 pagi, kemudian bersiap-siap untuk ke city centre, untuk melihat the dark side.

Aku sampai di Amsterdam lebih kurang jam 10 dan cuaca pada hari itu sangat sejuk,

Amsterdam berkabus.

Aku memeriksa smartphone aku dan menyedari bahawa cuaca hari tersebut adalah serendah 6 darjah celcius, aku hanya berjalan dan mencari kedai kopi (coffeeshop) dan untuk pengetahuan pembaca, coffeeshop di Amsterdam adalah menjual ganja yang dihisap menggunakan bong dan balang shisha.

Aku masuk hanya duduk untuk 5 minit dan aku benar benar memesan kopi panas untuk diminum, setelah itu aku pun bergerak ke kawasan Red Light District (pusat pelacuran terbesar di Eropah).

(Nota buat pembaca: Bahagian ini akan diselitkan sedikit perkara-perkara yang lucah dan tiada gambar yang boleh aku berikan buat tatapan anda semua)

Aku memulakan dengan masuk ke dalam DVD rental shop yang mana mempunyai koleksi video dewasa semuanya, malah di dalam kedai yang sama, dildo dan pelbagai lagi barangan berkaitan seks dijual di situ. Tambahan lagi, di tingkat atas kedai tersebut ada sebuah panggung tetapi menayangkan filem seks dewasa uncensored dengan hanya 2 Euro sahaja.

Aku dengan open-minded terus menanyakan sama ada tayangan telah bermula dan operator itu menjawab, tayangan bermula lebih kurang 5 minit lagi. Aku segera membelanjakan 2 Euro untuk menikmati menonton video dewasa 'secara berjemaah'.

Nampaknya hanya ada 5-6 orang sahaja termasuk sepasang couple, pada hemat aku, aku cuma diam dan hanya menunggu sahaja apa yang bakal berlaku, di barisan yang sama dengan aku terdapat seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30an yang sedang menghisap ganja hanya tersenyum macam badut kepada aku.

Tayangan dimulakan, dan aku makin tak senang duduk, hanya diam sahaja dan mungkin setelah 5 minit, aku pun keluar disebabkan pasangan itu telahpun di tahap ringan-ringan dan lelaki yang sebaris dengan aku pun telah bersama fantasi seksnya (masturbasi).

Pengalaman yang buruk dan memang aku tidak patut masuk langsung. Aku meneruskan perjalanan ke kawasan yang mana ada pelacur-pelacur sedang berdiri di tepi tingkap (bayangkan seperti anda sedang window shopping), jadi, itulah keadaan di Red Light District, sangat menakutkan.

Dalam keadaan sejuk itu, aku juga masuk ke dalam Muzium Seks hanya membayar 2 Euro (aku sangat gusar, semua yang berkaitan seks sangat murah). Aku pun melihat sejarah pelacuran dan sebagainya dan bagaimana industri ini berjalan.

Usai disitu, aku pun bergerak ke kedai makan Arab yang aku makan semalam bersama Along dan Kak Su sekitar jam 1.30 tengah hari. Dalam masa yang sama, aku memikirkan, selemah-lemah mana iman kita di negara sendiri, namun, bila kita tiba di sini, hati kita akan berat menerima perkara-perkara yang dianggap biasa. Ganja, pelacur dan sebagainya seolah-olah benda biasa, yang dianggap cool dan sebagainya. Daun ganja sendiri anda boleh petik dan terus roll the ganja di situ.

Aku terus pulang ke hotel untuk berehat dan berkemas-kemas.

Hari 11 (29 Oktober 2014, Rabu)

Kami bangun agak awal dan segera bersiap-siap, hanya menunggu kapal terbang MAS, untuk pulang, ke tanah yang dicintai. Kami sampai di Malaysia pada hari Khamis, jam 7 pagi.

MH19 penamat kami, semoga berjumpa lagi.

Nantikan kembara kali kedua aku ke Eropah (UK, Holland, Germany dan Turki) pada masa yang akan datang!