Wednesday, February 27, 2013

Celebration for my first post!

Assalamualaikum, hai!

Ni first post aku. Aku takkan guna sebarang bahasa pendek dalam ni. Semua ejaan akan penuh tanpa kurangnya huruf dalam ejaan tersebut. Harap-harap takdelah skema mana sebagaimana ada orang pernah katakan "Hey, kamu ni bosan lah, AYAT SKEMA SANGAT!"

Peh peh peh, waktu tu aku rasa macam nak cebok cebok je air pastu mandi. Haha, blog aku ni segalanya akan berkisar pasal kehidupan aku. Kadangkala kehidupan orang lain, tapi takdelah sampai jaga tepi kain orang atau tepi seluar orang.

Kadang-kadang jugak aku akan ceritakan perasaan aku pasal team bolasepak kesayangan aku yang aku dah sokong sejak aku umur 7 tahun bermula musim 2002-2003 iaitu CHELSEA FOOTBALL CLUB. Kalau korang tak suka, skip je post yang tu. Hehehe, eh ni kan aku punya blog, suka hati akulah aku nak post apa pun.

Aku punya blog ni, kadang-kadang update, kadang-kadang tak update pun. Muehehehhehe. Satu lagi, kalau korang jumpa aku gelak "MUEHEHEHEHEHEHE". Itu maksudnya aku gelak biasa, bukan ada niat jahat atau apapun. Sebab dah terbiasa tulis macam tu. Jangan terasa jelek atau sebagainya.

Owh, aku tahu ramai yang tak kenal aku, psstttt. Aku Muhammad Sofwan bin Zulkepli. Kat MRSM Merbok dulu, waktu aku study sana dulu, orang panggil aku CHE WAN so aku dah biasa orang panggil Che Wan, takyah nak tambah abang atau adik bagai di depan CHE WAN tu sebab WAN tu je nama aku CHE tu macam nama klasik orang Utaqha. Satu lagi, aku memang piooo(pure) Utagha.

So, aku ni lepasan SPM. Lifeless habis la ni. Muehehehe. So, ni je yang pertama. Aku bergembira kerana selepas 2 minggu edit punya edit tapi tak tegha mana pun. So, inilah hasilnya. Insya-Allah. Amin.

Assalamualaikum.