Thursday, May 30, 2013

Kali pertama, aku......

Assalamualaikum, Alhamdulillah rakan-rakan, aku dah selesai menjalani operation pertama dalam hidup aku lebih kurang seminggu yang lepas. Ya, my first operation. Okey, asal-usul terjadinya kecederaan ini.

SUATU PETANG DI PADANG MRSM MERBOK.

"Ya, bola dihantar ke Sofwan, dia cuba menggelecek pertahanan. Lepas satu, lepas dua, OOOO, dia diterjah kuat oleh pemain lawan."
"Nampaknya Sofwan mengerang kesakitan, dia dipapah keluar oleh pasukan perubatan."


Kira-kira 3-4 hari kemudian, lutut aku membengkak. Hujung minggu tu, aku dibawa outing oleh mak bapak aku untuk mendapatkan rawatan. Mula-mula ingat nak pergi urut. Sebelum pergi mengurut, kami sempat singgah ke rumah kaum kerabat kira sedara jauh jugak lah kan. Rupa-rupanya anak kepada sedara jauh mak aku tu cikgu Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

Dia cadangkan kat ayah aku... "Kalau lutut, baik pergi hospital, sebab nanti bengkak kalau urut.". Jadi ayah aku pun terus tukar plan dan terus ke Hospital Pakar Metro. Setelah aku tak balik outing tu, ayah aku call Cikgu Ariffin, Timbalan Pengetua MRSM Merbok dan terus aku teruskan rawatan hilangkan bengkak dengan doktor dan sebagainya yang memakan masa tapi belum masa untuk operation lagi.



Kalau tengok pada rajah di atas, doktor kata aku punya ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT koyak 75%. Walau bagaimanapun, pada 14 Mei yanng lepas, setelah selesai Pilihanraya Umum Ke-13, aku menyuarakan kepada bapaku supaya terus kembali kepada rancangan asal untuk operation lutut aku.

Petang itu, kami terus ke KPJ Selangor Specialist. Petang itu berjumpa dengan Dr. Jamal, pakar ortopedik. Setelah bincang selama setengah jam dan mengesahkan, tarikh akhir untuk operation aku ialah 20 Mei 2013, jam 1 petang.

LEBIH KURANG SEMINGGU KEMUDIAN

10.00 pagi
Aku baring di atas katil sambil menekan-nekan butang di handphone, tengah mesej dengan Naim. Waktu tu dah start cuak macam apa lagi.

10.30 pagi

Pakar bius, Dr. Suraya namanya datang sambil memberi taklimat apa yang patut mengenai bius. Dalam 5 minit kemudian, nurse wanita pula datang untuk mengambil catatan tekanan darah aku.

12.30 tengah hari
Dua orang nurse wanita datang untuk memohon kebenaran untuk melihat pembedahan dan membuat follow up kepada aku.

12.45 tengah hari
Beberapa orang nurse datang dan memberikan aku baju pembedahan dan meminta aku bersiap segera untuk ke dewan pembedahan.

1.00 petang
Aku telah masuk ke kawasan dewan pembedahan. Waktu ini tangan aku sejuk, kaki aku sejuk. Memang ketaq tak terkata dah la.

1.30 petang

Aku baru sahaja masuk ke dalam operation room. Waktu ni diorang bius aku, inject di tulang belakang aku dan aku tak pengsan cuma dari pinggang sampai kaki sahaja aku tak rasa apa-apa langsung. Nak angkat pun tak boleh. Aku meminta pakar bius lelaki tu untuk lenakan aku sekejap.

Lebih kurang 3.00 petang
Aku terjaga, masih lagi mamai, tiba-tiba aku dengar macam-macam, tapi operation theatre tak menakutkan pun, takde pun gelap-gelap bagai, cuma lampu yang macam spotlight tu dibuka la. Aku nampak bahagian dalam kaki aku di skrin tayangan dan aku bersembang-sembang dengan pakar bius. Dia boleh duk sembang pasal accident sehari sebelum. Nasib baik dia tak buat lawak. Tapi aku tengok, doktor-doktor ni semua relax-relax je. Kurang sikit cuak aku, sakit pun tak rasa.

Lebih kurang 4.30 petang
Selesai operation, aku pun dibiarkan sebentar di recovery room untuk menenangkan diri. Memang sedikit sejuk dan menggigil di dalam operation theatre tu.

5.00 petang
Aku dah balik wad dan berehat. Alhamdulillah, segalanya lancar.

Malam itu, mood aku sedikit swing mungkin disebabkan kesan ubat yang semakin habis dan kaki yang semakin sakit. Dan keesokkan harinya aku telah boleh mula berjalan sikit-sikit menggunakan tongkat. Alhamdulillah, kini aku dalam proses pemulihan. Doakan aku.


Aiman Azuddin melawat aku pada hari aku discaj. Dia datang pagi, aku discaj petang. Smile. *Nampak tak aku still pucat?

Sekian, tamatlah cerita pengalaman kali pertama aku dioperate. Cuak memang cuak, tapi untuk kebaikan diri. Assalamualaikum.