Monday, May 13, 2013

Rusa Masuk Kampung!

Aku rasa nak berblogging pula hari ni. Haha. Pengalaman baru tetap mengajar kita sesuatu yang baru. Dua tiga hari lepas, aku keluar bersama Aiman Azuddin, Alif Aimran dan juga Shakir Muntazar. Pada mulanya, aku dan Aiman Azuddin (IpMan) datang dari Shah Alam setelah dia ambil aku di rumah aku menggunakan kereta beliau..

Kemudian, setelah berpusing mencari Presint X di Putrajaya, aku taknak dedahkan tempat, nanti korang cari pulak tempat bersejarah tu. Sebab sementara menunggu Shakir Muntazar (Mad Cad) ambik kita orang, sempat pulak aku bedal waffle dan sekotak air minuman yang sedap di samping menjalankan aktiviti rahsia. Hahaha.

Setelah sampai untuk mengambil Alif Aimran (Mat Alip), kami pun terus menuju ke shopping mall yang terkenal di Putrajaya, alah, kalau aku tak bagi tahu nama pun, korang tahu nama mall tu. :) Parking punya lah nak mencari, last-last Ipman naik tingkat paling atas, memang kosong takde sebijik kereta pun dekat tingkat atas.

Kami pun keluar dan terus ke GSC & check punya check 15 minit gak. Last-last pergi makan dulu. Aku sorang je makan sebab jangan tanya. Hahaha, aku kan memang kaki makan ni. Pantang nampak je mulalah rambang mata.


Ni gambar waktu aku makan.

Kemudian, kami pun macam biasa, sembang punya sembang, jam telah menunjukkan pukul 2 petang. Gelak punya gelak nak jalan pergi surau je pun. Alhamdulillah, semua dah makin matang. Takde dah kenangan bukan-bukan cam dulu. Dulu best je. IpMan dan Mad Cad solat terlebih dulu sebab aku dan Mat Alip lepak luar surau sembang-sembang, biasalah, lama tak jumpa. Kemudian kami berdua masuk bersolat pulak.

Usai solat, kami terus berjalan ke wayang sekali lagi, tetap, Iron-Man 3 Mat Alip taknak tengok sedangkan aku, IpMan dan Mad Cad nak tengok. So,untuk puaskan hati masing-masing, kami berempat terus tak jadi tengok. Kami terus berjalan ke bowling. Hahaha, main tiga games je pun, tu pun rasa penat nak mati ah. Lane kamilah yang paling bising.

Seterusnya, dah dekat pukul 3.30 petang. Kami terus bergerak nak kembali ke kereta IpMan. Tiba-tiba, Mat Alip dan Mad Cad nak beli McDonalds terlebih dahulu. Aku masuk juga walaupun duit dah tak berapa nak cekang. Kejadiannya terjadi sebegini waktu tengah nak order.

Cashier (Girl Comey) : Ye, selamat datang ke McDonalds, nak makan sini ke nak bawak balik?
AKU : Ya, nak bawak balik lah. Mat Alip, hang nak apa?
Mat Alip : Aku nak Nuggets.
AKU : Hang nak apa pulak, Mad Cad?
Mad Cad : Double Cheese burger.
AKU : Huh, kak. Saya nak set 1 satu, set 4 satu, lepaih tu, kasi McChicken ala carte.
Cashier : Okey! Sebentar.


Ni suasana waktu tengah order.

Sementara menunggu, aku, Mat Alip dan Mad Cad cakap loghat Kedah pekat habeh. Haha. Auntie dan Uncle Cina yang tengah makan berdekatan kaunter pun tengok pelik je kat aku. Aku tak kisah. Hahaha. Setelah 3 minit, makanan yang aku order pun sampai ke tangan aku. Kami bertiga terus ke tempat yang letak sos dan sebagainya tu kan. Di sebelah kumpulan kami, ada seorang perempuan muda pakai specs emo yang sedang amik sos cili. Begitu bersemangat menekan.

Mad Cad : Weh, nak tibai yang mana ni, hat kecik-kecik ni menatang apa?
Mat Alip : Wey, cepat ah.
AKU : Hangpa tibai ja la semua. Makan ja garam, ngan lada tu. (dengan nada tinggi)

Perempuan specs emo tu pandang kami.Aku terus je la monolog "Apa hang ingat aku tak penah makan McD ka apa?".

Waktu tu baru aku perasan yang hampir semua orang dalam McD tu pandang kami. Aku, Mat Alip, Mad Cad dan IpMan terus keluar dari restoran McD tu sambil ketawa terbahak-bahak. Kami bergerak cepat ke kereta dan terus gelak sampai kami tiba di kawasan penginapan Mad Cad.

Secara konklusi, orang di Lembah Klang sangat jarang kot nampak orang berbahasa loghat Kedah. Tak payah nak buat muka pelik pandang kami. Kami pernah makan McD. Di pekan kami pun ada McD. Ya, kami mengaku orang Kedah ni sedikit bising dan kecoh tapi takpa, itu memang sifat kami secara semulajadi. Cara kami bercakap pun memang kasar. Bagi aku yang dah duduk Lembah Klang 11 tahun ni, terpaksa berpura-pura berbahasa KL katanya.

Just be yourself. Orang Kedah ni baik-baik semuanya. Jangan risau. Hahaha.

P/S : Aku suka duduk Kedah, tak jammed. :)