Friday, March 01, 2013

Pray For Sabah!

Assalamualaikum, sebelum itu mari bersama-sama membacakan Al-Fatihah kepada perajurit negara yang terkorban dalam 'Krisis Lahad Datu'. Aku juga berharap agar rakyat Malaysia tidak berhenti membacakan doa supaya keselamatan rakyat Sabah terjamin.



Krisis ini berlaku kira-kira 3 minggu yang lepas apa bila penceroboh yang merupakan adik Sultan Sulu yang memerintah Kerajaan Sulu bersama-sama beberapa ratus orang lagi dan kira-kira 150 orang penceroboh bersenjata mencerobohi tanah Malaysia di Kampung Tanduo dan kawasan hutan sekitarnya.

Mereka ini datang tidak diundang semata-mata mahu menuntut separuh daripada tanah Sabah untuk dijadikan wilayah pemerintahanlah kononnya. Aku juga akan pelik kenapa diorang semudah itu terlepas dari Filipina ke Malaysia dengan mudah bersama senjata-senjata berat?.

Kepada mana-mana orang Sabah yang membaca blog aku, maafkan aku, aku tidak mampu membantu dari segi fizikal dan aku juga mungkin tidak mampu untuk memahami perasaan korang semua yang begitu risaukan segala-galanya. Mungkin korang sedikit tertekan namun yakinlah, kami rakyat Malaysia dari negeri lain sentiasa mendoakan keselamatan negeri korang. Jangan berputus asa berdoa. Insya-Allah.



Tapi bagi aku, cara yang Kesultanan Sulu ni buat, cara lanun. DATANG DAN RAMPAS! Rakyat Malaysia rata-rata hari ini juga mempersoalkan kenapa mudah sangat terlepas penceroboh Sulu tersebut? Walaupun aku tidak ada keluarga di Sabah namun saudara seagamaku ada di sana, saudara sebangsaku ada di sana. Kita sama-sama rakyat Malaysia jom teruskan berdoa supaya pencerobohan ini cepat terhapus dari bumi Malaysia yang berdaulat ini.



Aku percaya ATM pasti akan menyelesaikan masalah ini demi keselamatan rakyat Malaysia dan negeri Sabah secara khususnya. Aku sentiasa percaya abang-abang Komando dan abang-abang Infrantri akan membuat yang terbaik demi tanah berdaulat, bumi Malaysia tercinta.

Always pray for SABAH! Insya-Allah. Ini kalilah!

Assalamualaikum.