Friday, March 15, 2013

Nak amik result doe!

Assalamualaikum,

Sorry guys, dah lama sangat tak update blog. Orang busy la katakan. Takde masas sangat nak update. Ceh, dulu masa awal-awal buat blog, hari-hari update. Kahkah. Ni post aku yang kesepuluh setelah sepuluh hari aku tak update blog aku.

Sepanjang beberapa hari aku meninggalkan dunia blog ni, macam-macam aku buat. Aku belajar loghat Sabah. Sila search di FB pages SABAHAN TROLL kalau nak belajar loghat Sabah. Memang best. Hahaha, sampai kawan aku (orang Sabah) pun terkejut aku boleh cakap sikit-sikit bila chat ngan dia.

Hari ni dah 15 Mac. 21 Mac ni, aku nak ambil result SPM. Tolonglah doakan aku ye. Aku pun sentiasa doakan kawan-kawan aku In sha Allah. For your info, aku dah turun berat badan sebanyak 4 kg. Cehhhhhh, itu pun nak habaq. Aku gembira. Aku jarang makan nasi sekarang ni. Makan roti je kerja aku.

K, In sha Allah, ada masa aku update. Takde masa pun aku akan cuba update.

Assalamualaikum.



P/S: Doakan aku dapat yang terbaik, puhleasssseeeee.