Thursday, February 28, 2013

Politik, Juvana & Chelsea!

Hello! Harini hariku untuk berbicara lagi. Harhar, semalam putus persahabatan seorang rakan aku sekolah rendah bersama rakan aku yang seorang lagi di sekolah rendah juga. Masing-masing ni sebenarnya sembang pasal politik lepas tu bertelagah. Aku taknak sebut pasal politik sangat pun hari ni. Cuma nak korang semua hayati satu sajak/puisi/syair atau apa-apalah yang aku buat semalam. On the spot lepas diorang putus kawan tu, aku terus terfikir nak buat ni.



Sumpah,
Aku benci bila lihat,
Politik menyebabkan permusuhan dari bersahabat,
Canggah pendapat masing-masing ada muslihat,
Menang kalah tidak lagi dijadikan adat,
Semua berperang hingga penat,
Bercanggah biarlah bertempat,
Jangan sampai putus tali bersahabat,
Aku tidak dapat baikkan dengan ubat,
Hanya mampu memberi nasihat,
Wahai sahabat.


Bro, kita ni bukan tak matang. Tak payahlah sampai berputus sahabat. Tak kisahlah yang mana pun anda sokong, itu hak masing-masing. Tak payahlah bertekak sangat sampai terkeluar tekak korang. Hadoooi, stop it. Politic is comedy. Don't you know that?

Aku cerita ni kes aku takda modal nak cerita apa hari ni? Cuma nak sambung tengok JUVANA dalam youtube. Best jugak JUVANA drama bersiri tu kan. Ada pengisahan yang menarik dalam persoalan yang terus dimainkan. FYI, aku baru episod 4. Malam nanti kasi sambung tengok lagi.

Satu lagi, semalam punyala berjaga semata-mata dengan harapan supaya dapat tengok bola. Memula tengok Juvana. Pastu sambung tengok Juvana. CHELSEA semalam lawan Middlesbrough dalam saingan FA Cup. Pukul 3.40 pagi. Habis je tengok Juvana episod 4 tu, terus aku ke depan TV amik remote dalm tekan nombor kat butang tu '817' pastu sempat la tengok selama 26 minit 36 saat. Pastu aku dah menguap gila-gila. Terus amik bantal peluk, switch off TV dan masuk bilik dan lena dengan amannya.

Lepas solat subuh, aku terus check result dalam BB aku tengok kat page-page bola kat FB. Chelsea menang 2-0. Akhirnya, menang juga. Ramai pemain simpanan yang main. TAHNIAH CHELSEA! Aku sentiasa menyokong walaupun apa yang terjadi. Chelsea akan bertemu musuh ketatnya iaitu MANCHESTER UNITED. Pergh, seram jugak dengar ni. Takpe, Chelsea boleh buat punya.

Ni gambar CHELSEA menang tahun lepas. Harap-harap menang lagilaaaa.



So, teruskan enjoy blog aku. Kalau ada yang korang rasa tak sesuai ke apa ke, sila ke FB aku dan kasitau aku secepat yang mungkin. Kbye. Assalamualaikum.