Tuesday, December 10, 2013

Kegalauanku.

Tertutup sebentar,
Mata,
Telinga,
Hidung,
Mulut.

Kaku sebentar,
Jari,
Tangan,
Kaki.

Kelu sebentar,
Lidah yang berbicara.

Semuanya kerana dia yang,
Tersenyum,
Tertawa,
Terus bahagia.

Sedangkan di sini,
Masih gelisah,
Gundah,
Mahu meredah.

Bukan baru,
Tapi dah lama.


By Che Wan,
12.08pm,
10th Dec 2013.

Sunday, October 20, 2013

Tualang Aku!

Hidup aku,
Tak perlu siapa menduga-duga,
Kerna hidup aku,
Biar aku yang corakkannya,
Tiada siapa mampu halang,
Jangan sampai aku cincang,
Sampai tinggal tulang,
Hari ini aku berpetualang,
Mungkin esok aku hilang.

Bye

Friday, July 19, 2013

Cinta.

Siapa aku untuk berbicara cinta?
Lelaki biasa tanpa apa-apa,
Aku terdiam bila melihat dirinya tersenyum,
Aku terdiam lagi bila melihat dirinya tertawa.

Kadangkala,
Aku cemburu melihat dia tersenyum kepada jejaka lain,
Aku cemburu melihat dia tertawa bersama jejaka lain,
Aku cemburu melihat dia berbual bersama jejaka lain.

Tahan sahaja,
Kerana skrip percintaan itu,
Tetap,
Berada di tangan Allah SWT.

By : Che Wan
Date : 19 Julai 2013
Time : 12.08 pm.

Saturday, July 06, 2013

Selamat Belajar untuk Aku!

Assalamualaikum, setelah aku asyik copy je dua update yang lepas. Hari ni baru teringat balik nak update.

Aku mintak satu benda je.
Doakan aku dalam pembelajaran aku dalam Diploma Elektronik Industri (Proses, Kawalan & Instrumentasi) di German-Malaysian Institute.

Mohon doanya.

Nah, gambar!

Kelak aku berjaya, gambar graduasi aku bakal di-upload pula. Insha-Allah.

Selamat berjaya kepada rakan-rakan aku!

Wednesday, June 19, 2013

Manusia takkan pernah berpuas hati dengan apa yang mereka ada!

Baca cerita di bawah dan renungkan.

Seorang petani dan isterinya bergandingan tangan menyusuri jalan untuk pulang ke rumah dibasahi air hujan, tiba-tiba,berlalulah sebuah motorsikal di depan mereka, lalu berkatalah si suami itu.

"Lihatlah, sayang, betapa bahagianya suami isteri yang menunggang motorsikal itu, meskipun hujan, namun mereka boleh sampai cepat ke rumahnya, tidak seperti kita yang harus penat berjalan untuk sampai ke rumah."

Sementara itu, penunggang motorsikal itu dan isterinya sedang membonceng di bawah lebatnya hujan melihat sebuah kereta pick-up yang bergerak melewati mereka, penunggang motorsikal itupun berkata.

"Lihat, sayang, betapa bahagianya orang yang menaiki kereta itu, mereka tidak basah terkena air hujan seperti kita."

Lain pula keadaan di didalam kereta pick-up yang dinaiki oleh sepasang suami isteri, terjadi sebuah perbualan ketika sebuah kereta Mercedes berlalu dihadapan mereka, si suami berkata.

"Tengok kereta itu. Betapa bahagianya orang yang naik kereta yang bagus, pasti selesa, tidak seperti kereta kita yang selalu rosak."

Pemandu kereta Mercedes itu seorang lelaki yang kaya, dan ketika dia melihat sepasang suami isteri yang berjalan bergandingan tangan di bawah hujan lebat, lelaki kaya itu berkata di dalam hatinya.

"Betapa bahagianya suami isteri itu, mereka berjalan bergandingan tangan sambil menyusuri indahnya jalan di kampung ini, sementara aku dan isteriku tidak pernah ada waktu untuk kami berdua kerana kesibukan kami masing-masing."

Kebahagiaan tidak akan pernah kau miliki jika kau hanya melihat kebahagiaan yang dimiliki orang lain, dan kau selalu membandingkan hidupmu dengan hidup orang lain. Bersyukurlah atas hidupmu supaya kau tahu di mana kebahagiaan sejatu itu berada.